TMJ: “Cerita Saya Singkirkan Safiq Rahim Kerana Lebih Sayangkan Mora Adalah ‘Bull***t'”

Pemergian kapten legenda Safiq Rahim dari  JDT sememangnya mengejutkan ramai pihak. Namun sebenarnya – ia adalah salah satu realiti perit di dalam bola sepak. Di mana seseorang pemain itu akan pergi meninggalkan kelab pada bila-bila masa.

Lantas di media sosial, banyak khabar angin dan juga teori berkaitan dengan pemergian Safiq Rahim. Salah satu pemilik twitter telah memberikan hujah beliau menyatakan bahawa dendam Mora antara sebab kenapa Safiq Rahim – kapten paling berjaya dalam sejarah JDT – disingkirkan.

Pemain pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang

TMJ kecewa dengan kenyataan tidak berasas tersebut. Ini kerana Mora digambarkan pendendam dan Safiq Rahim pula besar kepala pada awalnya. Manakala TMJ pula dituduh pilih kasih ataupun mengamalkan favoritism. TMJ menganggap hujah itu sebagai tak berasas.

Pemilik akaun tersebut menyatakan bahawa Safiq Rahim antara beberapa pemain senior yang sebelum ini telah berjaya menggunakan kuasa pemain mereka untuk menyingkirkan Mora daripada ketua jurulatih. Kini Mora kembali dan Mora telah menyingkirkan Safiq Rahim.

Pada satu situasi – TMJ perlu memilih salah seorang di antara Benjamin Mora dan Safiq Rahim – kerana tidak sehaluan. Akaun itu menyatakan faktor lebih sayangkan Mora membuatkan Safiq menerima nasib disingkirkan.

Johor Darul Ta’zim Head Coach, Benjamin Mora photo before Malaysia Super League 2017 match against Selangor at Larkin Stadium, Johor Bahru. Pix by Rizanizam/asiana.my

Pemilik akaun itu berkata: “Safiq Rahim antara pemain senior yang berjaya singkirkan Mora dahulu. Sekarang ini, Mora kembali sebagai ketua jurulatih dan akhirnya Safiq Rahim disingkirkan.”

“Seseorang kena pergi dan TMJ memilih agar Mora kekal. Kita semua tahu betapa sukanya TMJ dengan Mora. Selamat tinggal legenda SR8 [Safiq Rahim 8].”

TMJ menafikan dakwaan itu dan menganggapnya ‘bull****’  ataupun mengarut.

Baginda berkata: “Sangat mengarut (bull****). Siapa yang berada di dalam kelab 24/7 [sepanjang masa] dan siapa yang menjalankan operasi kelab ini? Dan lelaki ini lebih tahu daripada saya?”

“Rasa macam tak percaya. Pemain datang dan pergi itu keputusan saya. Tiada siapa pun yang lebih tahu senario di dalam bilik persalinan pasukan lebih daripada saya.”

TMJ kemudian menjelaskan sebab sebenar Safiq Rahim tidak dilanjutkan kontrak di JDT.

Pertamanya adalah kerana JDT akan mendapatkan pemain import yang lebih baik kualiti serta lebih muda daripda Safiq Rahim untuk mengisi posisi tengah. JDT tidak mampu mengekalkan pemain bergaji mahal seperti Safiq Rahim untuk sekadar menjadi pemain simpanan.

Seterusnya, TMJ mahu para pemain muda seperti Nazmi Faiz mendapat peluang mereka dalam pasukan. JDT turut memiliki beberapa nama pemain muda lain yang berkualiti – menanti masa untuk diketengahkan.

Ini sekaligus akan memberikan manfaat kepada para pemain muda agar mereka lebih kerap digunakan. JDT memiliki ramai pemain muda. Jadi setelah melakukan penelitian, baginda lebih memilih untuk membangunkan pemain-pemain muda mereka berbanding dengan mengekalkan Safiq Rahim.

Oleh itu baginda mengingatkan semua pihak bahawa JDT adalah pencetus bukannya muzium.

“Safiq seorang legenda, telah memberikan yang terbaik dan mencapai ke kemuncak. Namun sekarang masa untuk bergerak maju ke hadapan, bukannya kekal statik dan membayar beliau duit yang banyak tetapi sukar untuk menggunakan beliau dengan lebih kerap.”

“Menguruskan kelab ini adalah tentang inovasi, kemajuan, dan bergera ke hadapan. Seperti yang saya kerap katakan, JDT adalah pencetus bukannya muzium.”

Safiq Rahim kini masih belum menyertai mana-mana pasukan. Banyak khabar angin mengaitkan beliau dengan beberapa kelab di Malaysia – termasuk di Thailand juga. Ke manakah destinasi Safiq Rahim seterusnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN