Dalam satu ucapan ringkas pada tengah malam semalam, Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan tahniah kepada 2 finalis Piala FA 2017.
Pahang dan Kedah mara ke final Piala FA 2017 setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.
Kedua-dua pasukan dicabar oleh pasukan dari Liga Premier iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu.
Pahang menang 3-1 ke atas Negeri Sembilan secara agregate.
Manakala pasukan Lang Merah mara ke final selepas menewaskan Terengganu 4-0 secara aggregate. Ia adalah final ke-3 Kedah di peringkat domestik dalam 3 tahun terakhir.
Ini merupakan pertemuan sulung kedua-dua pasukan di pentas final Piala FA sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1990.
Kali terakhir Pahang mara ke final Piala FA adalah pada 2014. Manakala Kedah kali terakhir mara adalah pada 2010 selepas mereka melakukan kemaraan ke final 3 kali daripada 4 edisi dari 2007 sehingga 2010.
Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA adalah pada 2014, menewaskan Felda United FC 2-1 di final.
Kali terakhir Kedah menjuarai Piala FA pula adalah ketika melengkapkan double treble pada 2008 dengan menewaskan Selangor 3-2.
Sebagai rekod, Kedah mara sebanyak 4 kali sebelum ini dan menjuarai 3 daripada final tersebut.
Pahang pula mara 3 kali sebelum ini dan menjulang piala ini sebanyak 2 kali daripada 3 final itu.
Selangor masih kekal sebagai pemenang terbanyak dengan 5 kejuaraan diikuti Kuala Lumpur dan Kedah yang masing-masing 3 kejuaraan Piala FA.
Perlawanan akhir Piala FA musim ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam. Tarikh perlawanan akhir adalah pada 20 Mei ini.
Lantas, dalam ucapan baginda melalui laman rasmi FAM, TMJ mengucapkan selamat maju jaya untuk kedua-dua pasukan.
Pemenang Piala FA ini akan berpotensi untuk bermain di Piala AFC musim 2018.