Tan Sri Annuar Musa: “Ghaddar Merayu Minta Keluar Dari Kelantan”

Isu masa depan Ghaddar di Kelantan terus menjadi kerisauan utama penyokong TRW. Mana tidaknya, Ghaddar adalah pemain kesayangan mereka sejak dulu lagi.

Kepulangan kedua Ghaddar kali ini turut memberikan impak yang sangat kuat.

Semalam satu laman penyokong Kelantan telah memuat naik video menunjukkan beberapa penyokong bersemuka dengan Tan Sri Annuar Musa.

Mereka jelas kecewa dengan cara KAFA mengendalikan saga Ghaddar. Semalam Berita Harian melaporkan Ghaddar mahu keluar dari Kelantan dan menyatakan JDT sudah menghantar bidaan kepada pemain 33 tahun itu.

Antara persoalan yang mereka ajukan adalah, adakah KAFA merelakan pemergian Ghaddar dengan menjual beliau ke JDT?

TSAM mahukan penyokong fahami dahulu maksud menjual pemain dalam konteks bola sepak. TSAM menjawab:

“Dalam bola sepak mana boleh urus jual, dia terletak pada Ghaddar sendiri. Dalam peraturan bola sepak ia terletak pada pemain bukannya pasukan.”

Mohamad Ghaddar Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Ditanya sama ada KAFA masih berniat untuk menyekat perpindahan Ghaddar. TSAM menyatakan perkara itu tidak boleh disekat.

Pada masa yang sama, Ghaddar sendiri yang merayu minta dilepaskan. Jadi, pasukan yang mahukan beliau bayar tebus kontrak.

Namun KAFA masih belum memberikan perlepasan kepada Ghaddar. Penyokong dan TSAM bersetuju, Ghaddar mungkin akan merosot aksinya jika dihalang untuk keluar.

Ditanya isu tunggakan gaji pemain Kelantan. TSAM menjawab, tunggakan tersebut ada sejak 25 tahun dulu pun sudah ada. Namun ia bukan gaji sahaja malah melibatkan KWSP dan cukai.

Perintah mahkamah untuk isu pembayaran gaji ini ada yang sudah wujud pada 1980.

Penyokong juga bertanya, maka wajarlah Kelantan dipotong mata kerana tidak membayar gaji. TSAM menjawab:

“Kita dipotong mata bukan kerana tunggakan gaji tetapi kerana kegagalan melengkapkan syarat pendaftaran Liga M. Ini termasuk surat perlepasan.”

“Namun hukuman itu tidak adil kerana ia perkara yang sudah lama berlaku.”

Selain itu TSAM juga berkata KAFA akan mencabar keputusan FMLLP yang memotong 6 mata.

Peminat bertanya tentang status Celin. TSAM memberitahu ia bergantung kepada Ghaddar. Jika Ghaddar keluar, Celin akan kekal.

Namun persolannya, adakah Kelantan tidak akan menggunakan kuota Asia?

TSAM berkata beliau akan cuba mencari pemain import kuota Asia.

Penyokong kembali bertanya. Adakah Ghaddar akan menentang Kelantan, jika beliau bermain untuk JDT?

TSAM menjelaskan ia tertakluk kepada rundingan di antara kedua-dua pasukan. Namun jika Ghaddar pergi dengan cara lain itu cerita lain.

TSAM memberikan jaminan pemain seperti Qayyum dan Indra akan kekal. Dan ada lagi calon import baru mereka sedang ‘tersekat’ di Thailand.

Ini adalah sedutan video perbincangan bersemuka tersebut.

Adakah Ghaddar akan keluar daripada Kelantan dalam pintu perpindahan MSL yang dibuka pada 16 Jun ini?

Atau mungkin KAFA mengambil keputusan untuk mengekalkan beliau?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN