TMJ Mahu Penyokong JDT Jangan Bersedih, Terus Kekal Positif Dengan Pasukan

Kekalahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kedua suku akhir Shopee Piala FA 2018 ke atas Pahang semalam di Larkin cukup memilukan buat penyokong Harimau Selatan.

Mana tidaknya, rekod mengagumkan tidak tewas di laman sendiri sebanyak lebih 50 perlawanan dimusnahkan dengan hatrik Patrick Cruz.

Majoriti penyokong JDT kecewa dengan apa yang terjadi, namun bagi Tunku Mahkota Johor (TMJ), pemikiran positif harus ada dalam diri setiap penyokong JDT.

“Perkara yang baik dalam kehidupan adalah apabila ada perkara yang terjadi tidak seperti anda mahukan, anda berpeluang untuk memperbaikinya semula.”

“Abaikan segala perkara yang negatif dan berikan tumpuan kepada yang lebih besar.”

Kata TMJ lagi, JDT telah banyak mengecapi pelbagai kejayaan dalam kancah bola sepak Malaysia dan juga bola sepak Asia.

“JDT telah menjadi peneraju bola sepak dalam segala aspek. JDT merupakan pasukan pertama yang menjuarai liga 4 kali berturut-turut dan merupakan pasukan pertama yang tidak pernah tewas dalam satu musim liga.”

“JDT juga merupakan pasukan pertama dari Asia Tenggara yang menjuarai Piala AFC dan pasukan pertama Malaysia yang beraksi di pusingan kelayakan AFC Champions League.”

Selain itu, TMJ juga turut menyatakan beberapa perkara lain yang telah dicapai oleh JDT sebelum ini.

Antaranya adalah JDT merupakan pasukan pertama yang mempunyai fasiliti bertaraf dunia di Malaysia, pasukan yang mempunyai pengikut media sosial seramai sejuta orang dan pasukan yang melakukan kerjasama dengan pasukan di Eropah.

TMJ kemudiannya meminta agar penyokong JDT terus senyum dan positif dengan segala cabaran yang ada.

“Dalam setiap malam yang gelap akan muncul hari yang terang, jadi terus pandang ke hadapan dan sentiasa senyum Keluarga JDT ku.”

\

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN