Chelsea Mahukan Ancelotti Sebagai Pengganti Conte, Namun Beliau Mahukan Jawatan Di Arsenal

Semalam merupakan hari yang sayu apabila pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengumumkan akan meninggalkan kelab itu selepas 22 tahun.

Jadi selepas pemergian Wenger, siapakah yang akan mengambil alih?

Beberapa nama telah pun disebut-sebut akan mengambil alih seperti bekas kapten Patrick Vieira, pengurus Celtic Brendan Rodgers dan juga pengurus Juventus – Max Allegri.

Akan tetapi, ada satu nama yang menjadi calon utama untuk jawatan itu iaitu Carlo Ancelotti.

Bekas pengurus AC Milan dan Real Madrid itu dikatakan merupakan calon utama untuk mengisi kerusi panas di Emirates bagi menggantikan Wenger.

Dalam masa yang sama, Ancelotti sendiri mengakui berminat untuk menjadi pengurus kepada pasukan London itu.

Namun ianya tetap terpulang kepada pengurusan Arsenal itu sendiri.

“Pasukan Arsenal tahu akan masa depan mereka sendiri.”

“Andai saya terlibat sekali dalam perancangan masa depan mereka, secara profesionalnya saya gembira dengan situasi itu.”

Ancelotti dikatakan cukup berminat untuk menjadi pengurus pasukan Arsenal walaupun terdapat pasukan lain yang mahukan khidmatnya.

Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan semula khidmat pengurus berbangsa Itali itu bagi menggantikan Antonio Conte untuk saingan musim hadapan.

Namun, Ancelotti dikatakan mahu menanti perkembangan di Arsenal dahulu sebelum melakukan sebarang keputusan.

Ancelotti pernah berkhidmat di England bersama Chelsea pada 2010 dan berjaya membantu pasukan itu menjuarai Premier League serta FA Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN