TMJ Pencetus Sebenar Kebangkitan Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato Haji Hamidin Mohd Amin menyifatkan Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) merupakan individu yang layak diberi penghargaan susulan kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala Suzuki AFF 2018 selepas menyingkirkan juara bertahan, Thailand di Bangkok, malam tadi.

Walaupun TMJ bukan lagi Presiden FAM, tetapi baginda banyak memberikan sokongan dan membantu di belakang tadbir untuk memastikan bola sepak Malaysia meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa.

“Biarpun saya kini adalah Presiden FAM, namun secara peribadi saya berasakan yang Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku mantan Presiden FAM tetap berhak diberikan penghargaan di atas kejayaan skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilantik sebagai Presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Sebaik memulakan tugas, beliau merombak sistem kejurulatihan membabitkan tiga pasukan kebangsaan dengan melantik Bojan Hodak untuk membimbing skuad B-19, Datuk Ong Kim Swee skuad B-23 dan memilih Nelo Vingada sebagai pengendali skuad senior sambil Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih.

https://twitter.com/HRHJohorII/status/1070315129793900544

Namun selepas Nelo Vingada letak jawatan kerana gagal mencatat sebarang kemenangan bersama skuad Harimau Malaya, tugas ketua jurulatih diambil alih oleh Tan Cheng Hoe.

“Pertamanya, Cheng Hoe telah dilantik sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih menggantikan Nelo Vingada pada Disember tahun lalu, iaitu ketika Tunku Ismail masih menjadi Presiden FAM.

“Ini menunjukkan kesinambungan percaturan yang dicetuskan baginda apabila ia kini sudah membuahkan hasilnya,” kata Hamidin.

Nelo Vingada bersama pembantunya ketika mengendalikan pasukan kebangsaan.

TMJ bantu tingkatkan prestasi skuad kebangsaan di belakang tadbir

“Mungkin ramai yang tidak tahu biarpun sudah hampir sembilan bulan Tunku Ismail meletak jawatan sebagai Presiden FAM, baginda merupakan individu di belakang tabir yang sentiasa bersama saya dengan memberikan pelbagai bentuk sokongan untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan,” jelas Hamidin.

Malah, Datuk Hamidin juga menghargai amanat yang disampaikan oleh Tunku Ismail kepada skuad negara sebelum kejohanan Piala AFF bermula yang disifatkannya telah membangkitkan semangat pemain untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Sudah tentu perjumpaan khas antara Tunku Ismail dan barisan pemain serta pegawai skuad Harimau Malaya di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 4 November lalu, iaitu sebelum bermulanya kempen Piala Suzuki AFF 2018 seakan membawa ‘tuah’ untuk terus bersama skuad Harimau Malaya, insya-Allah sehingga pada kedua-dua aksi final pada 11 dan 15 Disember ini.

“Saya pasti, kata-kata semangat dan motivasi yang dilontarkan baginda pada perjumpaan berkenaan masih tersemat dalam diri dan minda para pemain skuad Harimau Malaya untuk mereka terus bersemangat dan berjuang berhabisan dalam memastikan trofi Piala Suzuki AFF dapat dijulang buat kali kedua selepas penantian selama lapan tahun,” ujarnya.

Selain kejayaan cemerlang anak buah Cheng Hoe dalam kempen Piala AFF kali ini, pasukan kendalian Kim Swee dan Bojan Hodak turut menempa sejarah tersendiri apabila muncul antara pencabar terkuat terutamanya di saingan Asia.

Skuad B-23 mengalahkan Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun selepas menang 2-1 pada peringkat Kumpulan E, Sukan Asia, Ogos lalu selain turut layak ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari lalu.

Pasukan bimbingan Hodak turt mara secara merit ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-19 serta muncul juara Kejohanan AFF (Persekutuan Bolasepak ASEAN) B-19 di Indonesia selepas mengalahkan Myanmar 4-3 dalam perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN