Pulau Pinang Diminta Lunas Tunggakan Gaji Berjumlah RM398,000

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 pada 3 Disember 2018 telah mengarahkan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) membayar tunggakan gaji dan elaun perumahan yang melibatkan 6 pemain mereka.

Mereka dikehendaki menjelaskan tunggakan itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini kepada bekas pemain skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah (RM78,000), Mohd Alafi Mahmud (RM38,000), Muhammad Al-Hafiz Hamzah (RM54,000) dan Mohd Lot Abu Hassan (RM33,000).

Malah dua bekas pemain Selangor, Mohd Fitri Shazwan dan Mohd Raimi Md Noor turut mempunyai tunggakan gaji berjumlah RM195,000 daripada pihak FAP.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd Joehari Ayub, sebarang deposit dan hadiah penyertaan akan diberikan terus kepada pemain itu jika mereka enggan melunaskan tunggakan tersebut.

“Jika mereka gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

“Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Pulau Pinang, PDRM FA juga dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM522,000 kepada 12 pemain mereka dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan keputusan ini.

FAM turut mengarahkan Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membayar pampasan kontrak berjumlah RM51,000 kepada dua pemainnya. Kelab Bolasepak Terengganu City juga perlu membayar tunggakan gaji kepada 4 pegawai mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN