TMJ Nafi Tidak Lulus Permohonan Perak, MFL Lulus Permohonan Tunda Perlawanan

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) selaku Pengerusi Malaysia Football League (MFL) sebentar tadi menafikan badan penganjur bola sepak negara itu tidak mempertimbangkan permohonan Perak untuk menuda jadual perlawanan Liga Malaysia membabitkan pasukan itu.

Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan MFL telah menolak permohonan Perak untuk menunda perlawanan membabitkan pasukan itu, setelah skuad Seladang berjaya melayakkan diri ke peringkat play-off Asian Champions League (ACL) pada musim ini.

Kenyataan Presiden PAFA

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri berkata permohonan oleh badan itu telah ditolak oleh MFL dalam satu majlis rasmi kerajaan semalam.

“Kita sudah membuat permintaan kepada MFL supaya menimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada pasukan Perak iaitu boleh `bercuti’ dalam satu perlawanan (jika bertembung lebih dua perlawanan seminggu), dan digantikan pada hari lain yang ditetapkan kemudian,” kata Ahmad Faizal dalam satu sidang media semalam.

“Tetapi permintaan ini tidak mendapat kelulusan kerana MFL juga menghadapi masalahnya sendiri dan terikat dengan jadual perlawanan yang sudah disusun lebih awal.”

PAFA memohon penundaan perlawanan berikutan pasukan itu terpaksa berhadapan sehingga tiga perlawanan seminggu sekiranya ianya tidak dilaksanakan.

TMJ beri jaminan

Menjawab pertanyaan salah seorang pengguna media sosial, TMJ seolah-olah memberikan isyarat 100% untuk membantu pasukan Perak di dalam isu ini.

“100%. Tetapi mesyuarat pun belum diadakan. Agak kelakar bagaimana sesetengah pihak mendakwa diri mereka sudah mengetahui hasil dan keputusan [mesyuarat]. Setahu saya, belum ada sebarang keputusan diberikan. MFL masih di peringkat rundingan dengan Perak FA dan juga KLFA,” titah baginda dalam melalui aplikasi Twitter.

MFL sokong permohonan

Dalam perkembangan yang sama, pihak MFL turut mengesahkan telah menerima permohonan dari PAFA pada 13 Februari (Rabu), dan akan mengambil tindakan meminda perlawanan menentang Kuala Lumpur yang sepatutnya dijadualkan pada 15 Februari ini.

“Untuk makluman semua, dengan mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa, perlawanan tersebut akan dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam #ACL2019.”

Pengumuman dari MFL itu tiba beberapa minit selepas kenyataan dikeluarkan oleh TMJ selaku Pengerusi badan penganjur bola sepak negara itu.

Bukan langkah baharu

Tindakan menunda tarikh perlawanan pertandingan domestik disebabkan penglibatan di perlawanan peringkat Asia bukan pertama kali dilakukan.

MFL turut mengambil langkah yang sama pada 2017, apabila perlawanan diantara JDT dan Kuala Lumpur ditunda ke tarikh lain, untuk membenarkan JDT melakukan persediaan sewajarnya menjelang perlawanan kelayakan ACL pada musim tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN