Kelab Korea Selatan Dapatkan Penyerang Vietnam Nguyen Cong Phuong Secara Pinjaman

Ini satu berita yang cukup menggembirakan bola sepak Vietnam!

Pemain Vietnam, Nguyen Cong Phuong telah pun mendapat peluang untuk meningkatkan lagi karier beliau apabila berjaya mendapatkan tempat di sebuah pasukan Korea Selatan.

Menurut laman Yonhap News Agency, pasukan Incheon United telah pun mendapatkan khidmat Cong Phuong secara pinjaman.

Mereka yang mendapatkan pemain itu dari kelab Hoang Anh Gia Lai itu, akan menjadi pemain untuk Incheon United selama pinjaman satu tahun.

Cong Phuong merupakan pemain yang penting dalam skuad Vietnam, beliau merupakan pemain yang menjadi tunjang kepada kejayaan mereka dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu.

Selain itu, beliau juga merupakan nadi utama pasukan dalam perjalanan skuad Vietnam yang berjaya mara ke suku akhir Piala Asia 2019.

DOHA, QATAR – JANUARY 17: Nguyen Cong Phuong of Vietnam battles with Alexander Gersbach of Australia during the AFC U-23 Championship Group D match between Vietnam and Australia at Grand Hamad Stadium on January 17, 2016 in Doha, Qatar. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Cong Phuong yang beraksi di bahagian serangan, merupakan pemain yang pernah beraksi di Jepun satu ketika dahulu.

Sebelum Incheon United, beliau pernah beraksi bersama-sama dengan Mito Hollyhock dalam liga divisyen 2 Jepun pada tahun 2016.

Dapatnya menyertai K-League jelas memberikan kegembiraan kepada Cong Phuong.

“Saya gembira dan berbangga dapat menyertai K-League yang merupakan liga boal sepak terbaik Asia selama 8 tahun berturut-turut.”

“Saya dengar tahap bola sepak di K-League cukup tinggi dan saya perlu lakukan yang terbaik demi Incheon United.”

Cong Phuong akan diperkenalkan dalam satu majlis rasmi pada hari ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN