TMJ Kongsi Siapa ‘Juara Penalti’ Liga Super Yang Sebenarnya Setakat Ini

Sepakan penalti adalah sebahagian daripada bola sepak. Namun adakalanya sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil dianggap kontroversi.

Apatah lagi sekiranya kesalahan atau kekasaran yang dilakukan oleh pemain yang menjurus kepada sepakan penalti tersebut sukar untuk dilihat.

Sebagai pengadil, adakalanya tidak mudah untuk membuat penilaian di dalam masa yang singkat – sama ada untuk memberikan penalti atau mengabaikannya.

JDT selalu dapat penalti?

Jika perlawanan yang menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) pun masih menimbulkan pertikaian, apatah lagi perlawanan yang langsung tidak menggunakan teknologi tersebut.

Semalam pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel melalui ciapannya di Twitter mempersoalkan sepakan penalti yang diberikan kepada JDT pada minit ke-88 perlawanan dalam pertemuan Liga Super Malaysia (MSL).

Penalti tersebut dianggap kontroversi kerana pemain import JDT, Bergson da Silva dengan mudah terjatuh di dalam kotak penalti Sri Pahang selepas sentuhan lemah daripada pemain Sri Pahang.

Timbul stigma di kalangan peminat bola sepak tempatan, JDT begitu mudah memperolehi sepakan penalti.

Benarkah wujud ‘tokong’ di dalam bola sepak Malaysia sehingga semua pihak perlu menurut arahan pihak tertentu seperti yang didakwa Presiden Kedah FA, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor baru-baru ini?

Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut?

Fakta oleh TMJ

Pada malam tadi pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi statistik sepakan penalti yang telah diperolehi oleh semua pasukan di dalam saingan MSL pada musim ini di IG Story baginda.

Berdasarkan statistik tersebut, ternyata dakwaan sesetengah pihak bahawa JDT begitu mudah diberikan penalti oleh pengadil adalah tidak benar.

Daripada sembilan pasukan yang telah mendapat sepakan penalti pada musim ini, Negeri Sembilan FC paling beruntung kerana memperolehi 4 penalti setakat ini. Ini bermakna 36% daripada jaringan pasukan itu adalah daripada sepakan penalti.

Sri Pahang FC pula adalah pasukan kedua yang memanfaatkan penalti diberikan pengadil apabila 27% daripada jaringan pada musim ini adalah daripada sepakan penalti.

Selangor FC juga antara pasukan yang paling banyak memperolehi penalti pada musim ini sebanyak tiga kali.

Berdasarkan rekod tersebut, JDT hanya memperolehi penalti sebanyak dua kali, dan jaringan melalui penalti pasukan itu hanya 13% daripada jumlah jaringan yang dihasilkan setakat ini.

Selain daripada perlawanan menentang Sri Pahang tempoh hari, satu lagi jaringan penalti yang diperolehi oleh JDT juga dijaringkan oleh Bergson ketika bertemu KL City FC pada 6 April lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN