Vieira Kongsi Kekecewaan, Sepak Penyokong Everton ‘Menganjing’ Kekalahan Crystal Palace

Patrick Vieira enggan memberi sebarang komen mengenai rakaman video Sky Sports yang tular, memperlihatkan dirinya menyepak seorang penyokong Everton yang melakukan provokasi terhadap dirinya.

The Eagles tewas 3-2 secara daramatik di Goodison Park pada perlawanan selepas mendahului 2-0. Ini bermakna Everton berjaya mengelak daripada tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak saingan itu dijenamakan semula pada 1992.

Perlawanan tersebut bagaiumana pun dicemari oleh tindakan penyokong tuan rumah menceroboh padang.

Insiden pertama bermula selepas gol kemenangan Dominic Calvert-Lewin pada babak akhir perlawanan.

Ribuan penyokong The Toffes menyerbu masuk ke dalam padang selepas wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

Suasana tegang di Goodison Park

Rakaman video yang tular selepas itu mendedahkan bagaimana jurulatih dari Perancis itu diprovokasi penyokong lawan.

Geram dengan kelakuan penyokong tersebut, Vieira dilihat menyepak penyokong Everton itu sehingga terjatuh.

https://twitter.com/UtdBreezy/status/1527404547072741376

Ditanya oleh wartawan pada sidang media selepas perlawanan, Vieira berkata: “Saya tidak ada apa untuk diperkatakan mengenai perkara itu.”

Suasana tegang sebenarnya sudah bermula menuju perlawanan ini apabila ratusan penyokong Everton berkumpul di luar stadium untuk mengalukan-alukan ketibaan Frank Lampard dan barisan pemainnya.

Bom asap dan suar turut dinyalakan dan atmosfera perlawanan menjadi semakin panas apabila perlawanan bermula.

Viera kecewa dengan pemain

Vieira pula sekadar meluahkan kekecewaan terhadap keputusan perlawanan.

“Sangat kecewa kerana pada babak pertama perlawanan kami bermain bola sepak yang baik dan mengawal tempo perlawanans secara taktikal.

“Kami memulakan babak kedua dengan keyakinan tetapi jelas pemain tidak menghormati perlawanan sebagaimana yang ditunjukkan pada babak pertama.

“Secara perlahan, lawan mulai mendapat cengkaman. Gol pertama [Everton] membangkitkan semangat penyokong, dan perlawanan mulai menjadi sukar untuk kami. Perlawanan mulai menjadi seperti satu ‘pergaduhan’ dan kami tidak mampu menanganinya.

“Kami hilang kawalan. Secara taktikal dan teknikal, kami gagal menguasai bola dan menggerakkannya dengan pantas. Ia menjadi semakin sukar untuk mencipta peluang.

“Kami gagal menjaringkan gol ketiga dan mereka [Everton] kembali ke dalam perlawanan. Kami perlu bermain secara lebih matang. Perkara sebegini perlu diperbaiki untuk menjadi pasukan yang lebih baik,” ulas Vieira mengenai perlawanan tersebut

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN