TMJ: Kerja Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar

Proses menaik taraf padang Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang sedang dilakukan pada ketika ini dilaporkan sedang berjalan dengan lancar seperti didedahkan oleh pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Stadium yang mula digunakan untuk perlawanan JDT bertemu Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih pada 28 Februari tahun lalu itu ditutup sementara untuk tujuan naik taraf sebaik sahaja tamat saingan Liga Super 2020.

Meskipun boleh dilabel sebagai antara padang terbaik di Malaysia dengan sembilan lapisan di bawah rumput jenis Zoysia Zeon tersebut yang mana setiap satunya mempunyai fungsi masing-masing dalam teknologi perparitan padang, JDT masih berusaha untuk memberikan yang lebih baik dari aspek tersebut.

Sehubungan dengan itu, dalam satu video yang dikeluarkan laman JOHOR Southern Tigers, TMJ berkongsikan perkembangan terkini kerja naik taraf tersebut.

”Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan kepada penyokong JDT berkenaan dengan perkembangan stadium.”

” [Naik taraf] padang kita [Stadium Sultan Ibrahim] berjalan dengan lancar, mengikut jadual. Buat masa ini kami menunggu akarnya lebih kuat dan kami akan potong rumput tersebut untuk memperkemaskan lagi.”

”Tetapi semua benda berjalan dengan lancar dan kualiti pun amat baik. Keliling padang tersebut anda boleh tengok ada pasir dan juga beberapa kotak hitam di keliling padang.”

”Itu adalah rumput tiruan yang kita akan letak di keliling padang, supaya apabila ada pemain memanaskan badan, ia tidak terkopak dan akan nampak lebih cantik dan kemas.”

”Di bahagian atas pula saya akan letak papan LED di mana papan LED tersebut akan seragam dengan apa sahaja yang dipaparkan pada papan LED di bawah,” tambah Tunku Ismail lagi.

Stadium yang dirasmikan dengan gilang-gemilang pada 22 Februari tahun lalu itu boleh memuatkan 35,000 penonton dalam satu-satu masa dan pembinaannya berjalan selama empat tahun.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai Stadium Sultan Ibrahim:

JDT Perkenalkan ‘Luciano Figueroa Stand’ Di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim Dirasmikan Penuh Gilang-Gemilang

Inilah Rahsia Kehebatan Padang Stadium Sultan Ibrahim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN