TMJ: Kenapa Perlu Ada Pengumuman Pemain Baharu Setiap Tahun?

TMJ JDT No Holds Barred

Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah berkongsi mengenai perancangan pada musim 2020 untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam sesi ‘No Holds Barred’ yang telah disiarkan secara eksklusif di laman rasmi Facebook kelab, Johor Southern Tigers.

Selain daripada mahu menjadikan JDT sebagai kelab yang menjana keuntungan, TMJ turut menjelaskan mengapa tiada pengumuman pemain baharu seperti pasukan-pasukan lain ketika ini.

Beberapa pasukan dilihat rancak mengumumkan pemain-pemain baharu untuk musim 2020 seperti Terengganu FC, Selangor, Kedah dan yang lain, namun JDT pula masih tiada pemain baharu.

“Kenapa tiada pengumuman [pemain baharu]? Kenapa perlu ada pengumuman setiap tahun? Why?” soal TMJ mengenainya.

“Melainkan kita ada big signing. Liridon [Krasniqi] datang latihan, kita membantu dia mendapatkan semula kecergasan kerana ada kemungkinan dia akan dijadikan pemain Malaysia. Ya, mungkin ada kemungkinan yang kita mahu mengambilnya sebagai pemain kita.

“Apabila benda itu berlaku, baru kita akan umumkan secara rasmi dengan SOP yang betul. Buat masa ini, belum ada apa yang mahu diumumkan lagi,” jelas TMJ mengenai perkara tersebut disamping melontarkan nasihat kepada penyokong mengenai khabar angin.

“Selagi tiada pengesahan daripada kelab, jangan sebar khabar angin. Ya, saya tahu dan faham kadang-kadang ada sosial media yang mahu mengejar berita-berita sensasi, tetapi apabila kelab tiada buat apa-apa pengumuman bermaksud tiada apa yang sedang berlaku,” jelas TMJ sambil menyatakan pada penghujung musim lalu telah dijelaskan yang tiada pemain yang keluar dan mungkin ada satu, dua atau tiga pemain baharu akan masuk.

“Untuk musim 2021, kita telah pun ada dua, tiga pemain baharu,” tambahnya lagi mengenai perancangan pasukan adalah melebihi daripada musim hadapan sahaja dan turut menyatakan yang JDT ada caranya yang tersendiri dalam menguruskan pasukan.

“Mereka patut menang juara tahun depan,” ujar TMJ mengenai Selangor dan Kedah yang telah mendapatkan penyerang berbisa pada musim hadapan, sambil melabelkan JDT sebagai underdog.

Selangor memiliki Rufino Segovia dan Ifedayo Olusegun sementara Kedah pula memiliki gandingan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

TMJ hanya mensasarkan kedudukan dalam empat terbaik untuk liga seperti musim-musim terdahulu, tiada perubahan sasaran.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN