TMJ: “Kalau Nurri Masuk JDT, Mesti Sudah Banyak Piala Dia Menang”

Nurridzuan Abu Hassan

”Kalau dia [Nurridzuan Abu Hassan] dalam JDT hari ini sudah menang berapa piala dan berapa agaknya duit dalam bank,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sesi soal jawab bersama penyokong yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Menurut TMJ, bekas pemain Perak, Nurridzuan Abu Hassan pernah ditawarkan untuk bersama  JDT namun memilih menolak tawaran tersebut untuk bersama kelab pilihannya.

Ketika itu, Nurri berada di prestasi terbaik dalam kariernya telah menarik minat banyak kelab untuk mendapatkan khidmat beliau bagi membantu kelab tersebut memburu kejuaraan.

Seperti kata TMJ, seseorang pemain perlu bijak dalam membuat keputusan agar tidak merugikan masa depan mereka sendiri dan ketika ini Nurri seperti sudah tenggelam serta sunyi dari menjadi perhatian seperti mana beliau berada di puncak prestasi ketika itu.

Tambah TMJ, bukan setakat Nurri, Wan Zack Haikal Wan Noor juga pernah ditawarkan untuk sertai JDT ketika itu namun memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Mungkin mereka ada alasan tersendiri ketika itu kenapa memilih untuk tidak bersama-sama pasukan Harimau Selatan.

Zack ketika ini masih lagi aktif dalam bola sepak dan bermain bersama Perak dibawah kendalian Yusri Che Lah.

TMJ berkata bahawa setiap kali mereka merekrut pemain baharu, pemain ini akan diingatkan bahawa tiada jaminan mereka akan bermain kerana perlu berlawan secara sihat untuk merebut tempat di dalam skuad serta mendapat minit permainan.

“Sebelum mana-mana pemain masuk JDT, saya sudah cakap terus terang bahawa di sini perlu fight tempat masing-masing dan tidak semua orang dapat bermain tapi jikalau awak nak dapat title ataupun pencapaian menjadi juara berkenaan beberapa pertandingan dan awak nak bank account improve, ini tempatnya,” tambah TMJ.

Pada yang sama, jika ramai peminat memberi berpendapat pemain Malaysia perlu bermain bersama kelab luar negara namun bagi TMJ ia berpendapat sebaliknya.

Bermain bersama kelab luar bukan jaminan prestasi seseorang pemain itu semakin baik namun dari segi kompetitif pertandingan, pemain itu dapat merasainya berbanding bermain di Malaysia.

TMJ memberi contoh terhadap dua pemain muda yang bemain di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin  dan Hadi Fayyadh. Biar pun bermain di luar negara tetapi prestasi pemain di Malaysia lebih baik ketika bersama Harimau Malaya.

Jika pemain mendapat tawaran terus dari kelab tersebut atau pun dibeli, mereka boleh pergi.

Namun jika diminta oleh sesetengah pihak berkepentingan, perlulah bijak dalam membuat keputusan agar karier bola sepak pemain itu tidak menjunam begitu saja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN