Liverpool Ada Pemain Sehebat Thiago Alcantara Namun Tak Diberi Kesempatan Untuk Bermain

Liverpool jelas sekali merupakan sebuah pasukan yang berbeza seandainya mereka turun beraksi tanpa kehadiran pemain midfield Thiago Alcantara.

Walau bagaimanapun, salah seorang bekas bintang Liverpool sendiri percaya yang The Reds sebenarnya memiliki pemain yang sehebat Thiago namun tidak diberi kesempatan untuk bermain.

Bercakap kepada Liverpoolfc.com, Fabio Aurelio tampil mendedahkan bahawa Arthur Melo sebenarnya boleh berfungsi dengan sangat baik di posisi midfield andai beliau diberi kesempatan.

Aurelio mendakwa bahawa:

“Arthur Melo merupakan penambahan yang baik untuk skuad Liverpool pada ketika ini, dan jelas sekali beliau sedang mengembangkan lagi legasi Brazil di Liverpool.”

“Saya harap dia (Arthur) boleh mencapai kejayaan setanding rakan senegaranya. Dari apa yang saya tahu tentang dia, dia seharusnya sangat serasi dengan sistem Liverpool.”

“Dia merupakan pemain yang akan sentiasa ada ketika bermain, menyentuh bola, mengawal kelajuan permainan, menghubung permainan, ia seolah-olah sama seperti apa yang Thiago sering lakukan.”

Ketika semua peminat tahu yang Liverpool sememangnya memerlukan pemain midfield pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini, ramai nama pemain-pemain berprofil tinggi yang muncul dikaitkan dengan The Reds.

Para peminat sangat berharap Liverpool akan mampu mencari pemain yang akan mampu memberikan impak setanding Thiago Alcantara.

Walaupun pemain kebangsaan Sepanyol itu berdepan kesukaran ketika musim pertamanya di England, Thiago akhirnya berjaya menyesuaikan diri dan menjadi antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp.

The Reds bahkan dilihat sedikit berharap pada Thiago dan mereka sepertinya sangat bergelut andai pemain midfield itu tidak dapat diturunkan.

Ketika Thiago terpaksa direhatkan pada awal musim baru-baru ini kerana masalah kecederaan, corak permainan Liverpool juga dilihat sangat teruk dan tidak meyakinkan.

Masalah terbesar Liverpool adalah mereka sebenarnya tak boleh terlalu bergantung harapan kepada Thiago Alantara.

Hal ini kerana bintang Sepanyol itu tidak pernah mampu beraksi lebih 20 kali dalam kesebelasan utama Liverpool dalam satu musim sejak dari awal beliau ditandatangani.

Dek kerana Arthur Melo masih tidak digunakan lagi, hal itu sepertinya sedikit membingungkan para peminat yang tak faham mengapa beliau ditandatangani pada musim panas ini.

Arthur setakat ini hanya beraksi satu perlawanan sahaja bersama Liverpool, dengan beliau dimasukkan pada aksi babak kedua dalam pertemuan bertemu Napoli.

Para peminat sangat berharap agar beliau akan diberikan lebih banyak minit permainan lagi kerana ramai yang percaya beliau mampu memberikan impak seperti yang diharapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN