TMJ & JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada Safiq Rahim

Safiq Rahim sah meninggalkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), dan tidak akan bersama kelab tersebut untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaum media sosial rasmi kelab tersebut.

Foto: JST

Disertai dengan sekeping foto bersama pemain itu, baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Safiq.

Bercakap mengenai Safiq, TMJ menyifatkan beliau sebagai pemain paling berjaya di dalam sejarah JDT dalam membantu kelab tersebut mencapai banyak kejuaraan selama ini.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau merupakan pemain yang paling berjaya sekali dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan telah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami,” titah TMJ.

TMJ turut menyifatkan Safiq Rahim sebagai kapten terbaik buat JDT selama ini, dan merupakan seorang pemain yang telah banyak memberikan sumbangan kepada pasukan yang disertainya, dan juga skuad kebangsaan.

Namun demikian TMJ turut bertitah pintu JDT sentiasa terbuka untuk Safiq Rahim sekiranya beliau memutuskan untuk kembali bersama mereka satu hari nanti. Ini memberi banyang Safiq mungkin akan diberikan peranan selain sebagai pemain buat Safiq.

“Pintu di Johor sentiasa terbuka untuk beliau dan walau apa pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari sayap JDT dan semua penyokong serta Keluarga JDT. Macam mana sekalipun, anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari Keluarga JDT,” titah baginda lagi.

Pemain pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang diberikan anugerah AFC Cup Most Valuable Player.

Pemain berusia 31 tahun itu adalah antara pemain tengah terbaik yang negara pernah saksikan. Memulakan karier bersama Selangor sekitar musim 2007, Safiq adalah pemain tempatan yang paling banyak memiliki gelaran kejuaraan.

Enam gelaran Liga Super (termasuk satu dengan Selangor), 1 Piala Fa, 1 Piala Malaysia, 4 Piala Sumbangsih, kejuaraan utama yang pasti akan menjadi kebanggaan beliau ialah kejayaan membantu JDT merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 sebagai kapten pasukan.

Di peringkat antarabangsa, pemain itu telah membantu pasukan negara memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009, dan merupakan tongak utama ketika membantu Harimau Malaya bergelar juara Piala AFF Suzuki pada 2010.

Tidak dapat dipastikan ke mana hala tuju Safiq Rahim selepas ini, dengan beberapa pasukan turut dikaitkan dengan beliau seperti Melaka United, dan juga PKNS FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN