Trio Muda Negara Terajui Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018

Anugerak Bolasepak Kebangsaan 2018

Tirai kancah Liga Malaysia musim ini dilabuhkan dengan kejayaan dramatik Perak menjuarai unifi Piala Malaysia 2018 keatas Terengganu di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Seperti yang diketahui, Johor Darul Ta’zim gah meneruskan penguasaan bagi menggenggam trofi Liga Super buat kali kelima berturut-turut bagi menempah tempat secara automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2019.

Sementara itu, Pahang dinobatkan selaku juara Piala FA setelah menewaskan Selangor pada perlawanan akhir.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 kembali dengan mempertandingkan 25 kategori dalam menghargai usaha keras yang dicurahkan para pemain serta semua pihak yang terlibat secara langsung dengan Liga Malaysia.

Beberapa nama telah disenarai pendek untuk bersaing bagi merebut anugerah di setiap kategori yang akan diketahui pada 5 November ini bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar pada jam 9.00 malam.

Tiga pemain muda sedang meningkat naik, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran masing-masing dicalonkan bagi dua kategori.

Berikut adalah antara kategori utama yang dipertandingkan beserta calon-calon yang telah disenarai pendek oleh panel pemilihan:

Menurut Malaysia Football League, kesemua kategori dan pencalonan yang berkenaan telah diteliti dan disenarai pendek kepada 10 orang calon untuk setiap kategori oleh Jawatankuasa Saringan ABK2018 yang terdiri daripada enam ahli panel yang terdiri daripada Datuk Ong Kim Swee, Razip Ismail (wakil Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia), Izham Ismail (CEO PFAM), Abu Bakar Atan (wakil Media Prima), Ajitpal Singh (Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia) dan Dez Corkhill yang merupakan Ketua Pengarah Kandungan, Produksi MFL.

Sehubungan dengan itu, 10 calon setiap kategori itu pula telah diundi dan disenarai pendek kepada 3 orang calon terakhir oleh 23 ketua jurulatih, 23 ketua pasukan dan 23 orang wakil media seperti senarai calon (gambar) yang dinyatakan di atas.

Siapakah yang anda rasakan mampu untuk meraih trofi anugerah yang disenaraikan? Semuanya bakal terungkai pada Isnin hadapan.

Kredit foto: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN