TMJ Janji Akan Terus ‘Borong’ Pemain Hebat Negara Untuk Masa Akan Datang

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), telah pun mengeluarkan satu kenyataan yang agak panas semalam menerusi laman Instagram.

Menurut TMJ, kebanyakan para penyokong bola sepak tempatan kini masih lagi masih lagi tidak dapat menerima kenyataan tentang kejayaan JDT setiap tahun dan, dan lebih kerap bising tentang sesuatu yang tidak penting.

Selain itu TMJ juga menyatakan di sebalik apa yang berlaku itu, hanya beberapa penyokong sahaja merasai kejayaan bersama pasukan setiap tahun  menerusi kenyataan simbolik ‘bunga api’.

Menerusi kenyataan tersebut, jelas TMJ bersuara mengenai segelintir peminat bola sepak Malaysia yang masih menyalahkan JDT tanpa melihat faktor kukuh.

Seperti diketahui, TMJ merupakan individu yang paling lantang bersuara dalam bola sepak, serta sudah pun membuktikan kemampuan dalam menaikkan reputasi sukan tersebut di mata dunia.

“Tahniah semua, ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak boleh terima kejayaan kami.

“Tetapi hanya segelintir sahaja bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT,” ulas TMJ di Instagram semalam.

Pada masa sama, TMJ turut berkata setiap musim JDT sentiasa ada perkembangan terbaharu buat penyokong, serta tidak pernah menipu seperti segelintir pemimpin.

“Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan. Yang penting, sentiasa ada perkembangan dan, anda tidak kena scam setiap tahun dengan pemimpin kelab,” tambah TMJ.

Seterusnya, TMJ juga terus berazam untuk menandatangani pemain terbaik yang ada dalam negada untuk menyertai JDT masa akN datang.

Sambil itu, pemilik kelab tersebut juga sempat mengingatkan kepada penyokong bola sepak negara tentang pemain JDT yang sebelum ini membawa Malaysia ke Piala Asia.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, aganya dia lupa Malaysia layak Asian cup pemain JDT yang berhempas pulas.

“Oleh demikian, sama macam kenyataan saya dahulu yang saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

Hari ini saya berjanji akan terus beli pemain pemain hebat dalam negara, dan hanya lepaskan mereka untuk join pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja.

“Sekian terima kasih. Jadi sekarang, pergi memekak dan cuba buta sesuatu,” terang TMJ akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN