Sergio Aguero Mengaku Dirinya Telah Buat Kemunculan Semula Selepas Lihat Video Malaysia-Laos

Bekas penyerang kebangsaan Argentina, Sergio Aguero jelas terhibur selepas melihat satu rakaman klip video yang memaparkan pemain Harimau Malaya yang memiliki nama seperti beliau telah meledak gol.

Video tersebut telah dimuat naik oleh satu laman sukan di Instagram iaitu scespn dan memaparkan aksi pemain baharu naturalisasi negara iaitu Sergio Aguero meledak gol pertama negara ketika berdepan Laos.

Menerusi kenyataan pada video tersebut, Aguero membuka jaringan pertama beliau di pentas antarabangsa selepas Malaysia menewaskan Laos dengan keputusan 5-0.

Pemain Argentina itu mendapat kerakyatan Malaysia pada 16 September lalu dan berjanji untuk terus mencipta sejarah bersama rekod gol di Asia.

Pada masa itu, Malaysia membuka jaringan sulung mereka pada minit ke-29 menerusi Aguero, selepas pemain tersebut mendapat umpanan cantik daripada Norhakim Hassan.

Komen bekas pemain Manchester City tersebut yang menyatakan beliau telah kembali bersama emoji ketawa jelas menarik perhatian netizen lain untuk memberi pelbagai reaksi.

Untuk rekod mengenai pemain naturalisasi baharu negara ini, beliau sebenarnya bukan seorang yang mencuri tumpuan ketika tiba di Malaysia pada tahun 2017.

Ketika itu, Aguero tampil selaku penyerang import buat Melaka United dan hanya menyumbang satu bantuan jaringan sahaja daripada lapan penampilan.

Selepas itu, beliau terus kekal dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk mewakili beberapa lagi kelab iaitu Sarawak United, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur Rovers bersama rekod yang biasa sahaja.

Tahun lalu, beliau telah pun menyertai Sri Pahang sebelum dipinjamkan kepada Perak selama satu musim dan aksinya dilihat mula bertambah baik di posisi serangan.

Musim ini, Aguero terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk beraksi kerana melalui proses pendaftaran sebagai warganegara dan berjaya memberi impak buat Sri Pahang pada penghujung musim.

Sinar buat Aguero kian jelas selepas Kim Pan-gon mengambil keputusan menyenaraikan nama beliau untuk skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF 2022.

Walaupun tidak meledak sebarang gol dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini, akhirnya pemain tersebut berjaya membuktikan dirinya berbaloi selaku pemain naturalisasi negara selepas menjaringkan gol sulung buat skuad kebangsaan.

Lebih manis daripda seorang pemain import yang tidak dikenali ramai, kini Aguero menjadi bintang tumpuan penyokong Harimau Malaya.

Tambah mengujakan, bekas pemain sensasi Argentina iaitu Kun Aguero juga kini turut mengenalinya selepas jaringan beliau menjadi viral di media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN