TMJ Jelaskan Isu Jurulatih Dan Ajak Semua Pihak Ubah Mentaliti

Dalam status yang dimuat naik di laman facebook FAM, Presiden FAM DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) telah menjelaskan isu jurulatih.

Baginda turut menyeru agar semua pihak dalam kerangka bola sepak Malaysia untuk mengubah mentaliti.

Hairan dengan kenyataan Gomez

TMJ hairan dengan kenyataan Mario Gomez yang menyatakan beliau tidak meminta gaji tinggi, tetapi bekas pengendali JDT menyatakan beliau cuma mahukan kontrak lebih panjang.

TMJ berkata:

“Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan bahawa beliau meminta gaji yang tinggi. Kami menawarkan USD25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta USD40,000.”

“Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan?”

Mahu cari jurulatih lain yang lebih serius

Baginda kemudian memberikan bayangan, FAM akan melupakan khidmat Gomez dan mencari jurulatih lain yang lebih serius mahukan jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya.

Baginda menyatakan:

“Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia.”

Baginda juga mahu mengekalkan struktur yang telah baginda cadangkan sebelum ini. Jika jurulatih baru Malaysia adalah jurulatih asing, maka pembantu jurulatih haruslah jurulatih tempatan.

Tan Cheng Hoe antara jurulatih tempatan terbaik

Baginda turut berpendapat, Tan Cheng Hoe antara jurulatih tempatan yang terbaik. Jadi tidak hairanlah jurulatih ini memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan yang lalu.

Namun baginda kecewa kerana ramai yang agak prejudis dengan langkah yang mahu diambil FAM untuk menyerapkan Tan Cheng Hoe di dalam revolusi baru bola sepak Malaysia.

TMJ menambah:

“Bukankah Tan Cheng Hoe sekarang adalah jurulatih anak tempatan yang bagus? Saya sedang melakukan kerjasama yang terbaik untuk skuad kebangsaan tetapi penyokong semua bising kata ‘jangan ambil dia lah’, ‘pilih orang lain lah’.”

“Kami telah memulakan projek ini dan meminta beberapa nama untuk dipilih, dan nama Tan Cheng Ho tersenarai dan dilihat sebagai jurulatih yang terbaik buat masa sekarang.”

“Bukankah untuk memilih yang terbaik bagi membimbing pasukan kebangsaan adalah keutamaan kita? Betulkah anda semua sayangkan pasukan kebangsaan?”

“Dan betulkah anda semua inginkan perubahan? Apa yang anda semua nak sebenarnya?”

Akses media dan penyokong lebih terbuka

Baginda turut mengamalkan dasar terbuka kepada media dan penyokong bola sepak untuk berhubung dengan FAM.

Sidang media oleh barisan kepimpinan FAM yang baru.

“Lagi satu perkara, pada masa ini penyokong dan pihak media telah diberikan keistimewaan untuk bertanya dan meminta sendiri kepada Presiden mengenai apa sahaja yang ingin diketahui dan pada bila-bila masa sahaja.”

“Malah tahap ketelusan dan maklumat yang telah saya kongsikan dalam masa 11 hari saya menjadi presiden adalah lebih banyak daripada apa yang anda dapat sejak 30 tahun dan anda semua masih lagi ‘complaint’.”

“Inilah dia pemikiran bola sepak Malaysia.”

Semua pihak perlu mengubah mentaliti

“Kejayaan bukanlah mustahil, mengubah pemikiran ini sebenarnya ibarat sebuah pertempuran. Suatu waktu dahulu semua mahukan sangat perubahan, hendak itu hendak ini.”

“Sekarang perubahan telah dilakukan dan sudah tahu apa punca dan masalah dari dalaman.”

“Tahu bagaimana kita hendak mengubah struktur, tahu bagaimana hendak dipertingkatkan, dan pada masa sama pasukan lain juga perlulah bersikap profesional.”

“Terdapat sesetengah pasukan tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan kerana atas dasar berkawan rapat dengan exco, dan kerana undi merekalah exco tersebut dapat jawatan tersebut.”

“Maka, ia membuatkan exco tersebut jadi tidak berani untuk mengambil tindakan.”

“Kalau beginilah keadaannya kena sentiasa menjaga hati semua pihak, memang takkan ke manalah bola sepak Malaysia.”

Kredit: The Star Online. Penyokong memainkan peranan penting.

“Kalau masih tidak boleh mengubah pemikiran, masih hendak jaga hati kawan, kena tindakan denda pun tak boleh walau telah melanggar syarat dan peraturan, jadi lupakan sahaja perubahan.”

“30 tahun dahulu ‘complain’ kerana tak boleh hendak cakap apa-apa dan tak tahu perkembangan persatuan. Sekarang apabila dah tahu pun masih ‘complain’.”

“Saya akan sentiasa menjalankan tugas saya kerana saya bukanlah seorang yang hanya pandai berkata-kata di laman sosial tetapi tidak memberi satu sumbangan kepada kemajuan bola sepak tanah air.”

“Selamat berjaya bola sepak tanahair, selamat berjaya penyokong bola sepak Malaysia.”

Baca juga: Mario Gomez Nafi Minta Bayaran Tinggi, Jelaskan Cuma Mahu Kontrak Lebih Panjang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN