Kenali Struktur Pertandingan Bola Sepak England, Dari Liga, Piala Sehinggalah Ke Pasu

Kami ingin mengajak pembaca mengenali jenis dan struktur pertandingan bola sepak England. Beberapa hari lepas, ada seorang pembaca bertanyakan mengenai perkara ini:

Kami terpanggil untuk berkongsi mengenai kejohanan di salah satu tanah kelahiran bola sepak moden, England.

Liga bola sepak yang umpama piramid

Semua tahu, liga bola sepak Inggeris bertingkat-tingkat dan bersambung. Secara mudahnya, kita boleh memahami dengan cara berikut.

  1. Premier League (20 kelab)
  2. Championship (24 kelab)
  3. League One (24 kelab)
  4. League Two (24 kelab)
  5. National League (24 kelab)
  6. National League North / South (22 kelab)

Premier League dikendalikan syarikat yang dikenali FA Premier League Limited.

Mankala Championship, League One dan League Two diuruskan oleh English Football League (EFL).

National League pula mengawal selia National League, National League North dan South.

Divisyen 1 (Premier League) sehinggalah Divisyen 5 (National League) bersifat nasional.

Mulai Divisyen 6 (National League North / South), barulah kejohanan bola sepak bersifat zon geografi.

Divisyen 7 dan 8 dikenali sebagai Northern League, Southern League dan Isthmian League.

Apakah itu FA Trophy dan FA Vase?

Selain FA Cup, FA Inggeris menganjurkan kejohanan FA Trophy dan FA Vase (jangan bayangkan pasu bunga rumah anda!).

Kelab daripada Divisyen 5 sehingga 8 yang disebutkan di atas sahaja dibenarkan beradu nasib dalam FA Trophy. Tetapi tidak untuk FA Vase.

Manakala, FA Vase dianjurkan khas untuk kelab divisyen 9 hingga 11. Kelab yang bertanding FA Vase tidak dibenarkan bertanding dalam saingan FA Trophy.

Majoriti kelab yang menyertai dua kejohanan ini merupakan kelab semi-pro dan amatur. Malah, Kelab Premier League dan Football League tidak dibenarkan langsung menyertai kedua-dua kejohanan ini.

Untuk kedua kalinya berturut-turut, final kedua-dua kejohanan ini diadakan hari yang sama di Wembley. Final tahun ini diadakan pada 21 Mei 2017.

Final FA Trophy ini menemukan Macclesfield Town menentang seteru sesama National League, York City. Final FA Vase pula menemukan Cleethorpes Town menentang South Shields.

Bagaimana pula EFL Cup dan EFL Trophy?

EFL Cup dikenali umum League Cup. Alah, namanya sering bertukar dek penajaan. Musim depan mereka ditaja oleh syarikat minuman berjenama Carabao.

Tolong jangan katakan kepada kami bahawa anda ketawa. EFL Trophy juga sering bertukar nama kerana penajaan. Musim ini ditaja oleh Checkatrade.

Kedua-dua kejohanan ini dianjurkan oleh English Football League (EFL). Bezanya terdapat pada penyertaan, EFL Cup memberikan peluang kelab Premier League hingga League Two menyertainya.

EFL Trophy hanya membenarkan kelab League One dan League Two menyertainya. Cuma pada musim ini, kelab Premier League dan Championship diberikan ‘can’ meletakkan pasukan simpanan atau akademi untuk menyertai kejohanan ini.

EFL Trophy mengasingkan kelab yang bertanding mengikut zon, iaitu Northern dan Southern.

Banyaknya trofi!

Semua kejohanan ini dianjurkan secara kalah mati. Untuk FA Trophy dan FA Vase, jika perlawanan berakhir dengan seri, ‘replay’ akan diadakan. EFL Trophy tiada mengamalkan ‘replay’.

Cuma pada perlawanan separuh akhir, perlawanan timbal balik diadakan. Begitu juga dengan separuh akhir EFL Trophy yang dikenali sebagai zone finals.

Rumusan

Benar, memang banyak trofi sebenarnya di England. Tujuannya hanya satu, memberikan kelab yang berusaha sungguh-sungguh meraih sesuatu berbaloi.

Kepadatan jadual bukanlah menjadi masalah utama. Tetapi, sejauh mana kelab bola sepak ini komited mengejar kejayaan.

Di lain masa nanti, penulis akan mengulas Full Members Cup yang hanya bertahan beberapa musim sahaja.

Baca juga: Presiden JDT Ajak Penyokong Berikan Kepercayaan Kepada Mora

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN