TMJ Individu Paling Layak Selaku Pengurus Harimau Malaya

Ketika ini sedang bertiup kencang desas-desus mengenai Harimau Malaya yang bakal menerima pengurus baharu untuk tahun 2023 bagi persiapan menghadapi Piala Asia awal tahun depan di Qatar.

Individu yang dimaksudkan adalah pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) selepas Baginda ada memuat naik status di Instagram bersama salah satu gambar memegang jersi bersama Presiden Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hj Hamidin Mohd Amin.

Jika perkara ini benar, adakah tindakan FAM melantik TMJ adalah satu keputusan tepat? Atau ada individu lain yang lebih berkaliber untuk menjawat jawatan tersebut?

Tiga sebab kenapa bagi penulis TMJ adalah individu paling layak untuk menjadi pengurus pasukan Malaysia.

Mentaliti Juara 

Bila berbicara mengenai ini, semua orang boleh mengungkap namun untuk membantu pasukan pergi memburu kejuaran dalam sesuatu pertandingan ia bukan tugas mudah.

TMJ telah membuktikannya ketika bersama JDT dan membantu kelab tersebut memenangi pelbagai kejuaraan dari Liga Malaysia sehingga peringkat Asia.

Paling penting adalah bagaimana seorang pengurus dapat memastikan setiap pemain sentiasa berada di dalam prestasi terbaik terutama selepas pasukan mengalami kekalahan.

TMJ sendiri pernah mengatakan, bijak mengatasi pelbagai masalah sama ada di dalam padang mahupun di luar padang serta tahu mengendalikan sesuatu isu mengikut situasi, ia adalah ramuan kejayaan.

Biarpun peranan pengurus ini tidak di pandang oleh sesetengah pihak, namun di dalam pasukan ia amat bermakna dan mereka inilah antara peniup motivasi kepada pemain sebelum turun berjuang mencari kemenangan.

Kalau pengurus itu dapat memainkan peranan dengan baik, pasukan itu pasti dapat menampilkan prestasi terbaik dalam perlawanan.

Kemudahan Fasiliti

Suka atau tidak, JDT antara kelab di Malaysia yang mempunyai kemudahan lengkap dan infrastruktur berteknologi dari semua aspek.

Jika TMJ menjadi pengurus skuad kebangsaan, sudah pasti pemain akan mendapat manfaat tersebut.

Antara kemudahan yang ada seperti tempat rehabilitasi dan pemulihan pemain, peralatan terkini di gim, padang latihan tertutup dan banyak lagi.

Paling penting adalah tempat pemulihan pemain kerana mereka akan mula berkumpul selepas beraksi bersama kelab masing-masing dan pasti ada yang akan mengalami beberapa kecederaan.

Namun dengan adanya kemudahan ini, tempoh untuk pemain itu kembali cergas juga akan semakin cepat.

Fasiliti lengkap juga akan membantu barisan jurulatih untuk merancang latihan lebih baik dan ia dapat membantu prestasi pasukan berada di tahap terbaik.

TMJ mempunyai hubungan baik dengan banyak negara dan ini mungkin dapat membantu FAM mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi untuk Malaysia memburu maksimum mata sebelum undian peringkat kumpulan diadakan.

Bonus 

Pengurus pasukan Thailand, Nualphan Lamsam (Madame Pang) sering menjadi watak penting apabila selalu memberi bonus kepada pemain sama ada untuk mendapatkan kemenangan atau selepas menjuarai sesuatu piala.

Pemain Malaysia munking berpeluang merasainya kerana semua tahu, TMJ kerap kali mengeluarkan duit sendiri dalam beberapa hal termasuk untuk pasukan Harimau Selatan kerana hasil kutipan dari tiket perlawanan belum mencukupi menampung perbelanjaan pasukan.

Malah TMJ juga telah membantu ramai pemain yang mengalami masalah gaji termasuk bantuan kepada pasukan.

Jadi tidak mustahil jika Harimau Malaya mampu memberi aksi terbaik ketika Piala Asia nanti, durian runtuh menanti setiap pemain.

Jadinya, pemilihan TMJ adalah pilihan tepat untuk menjawat jawatan itu kerana dengan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak dapat disalurkan kepada pasukan kebangsaan.

Jika Harimau Malaya berjaya di Piala Asia nanti, kita selaku penyokong juga akan turut bergembira. Untuk rekod, beberapa penyertaan Malaysia di kejohanan ini hanya berkesudahan di peringkat kumpulan sahaja.

Dengan prestasi terbaik anak buah Kim Pan-gon, pasukan negara dilihat mampu memberi saingan dan layak ke pusingan seterunsya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN