TMJ Harap Pemain JDT Terus Komited Kepada Piala Malaysia

Pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) tertanya-tanya akan komitmen para pemain JDT untuk Piala Malaysia.

Dilema Piala Malaysia mungkin telah memberikan impak kepada JDT. Pasukan tersebut sudah mencapai sasaran utama iaitu menjuarai Liga Super musim ini untuk mara ke ACL musim hadapan.

Mereka turut mengorbankan kepentingan Piala AFC demi Liga Super.

“Dilema unifi Piala Malaysia telah memberi kesan ke atas Johor Darul Ta’zim dan ia sangat jelas dapat dilihat melalui perlawanan yang telah diharungi setakat ini.”

“Bukan perkara mudah untuk memberi motivasi kepada para pemain selepas sepanjang tahun mereka diberitahu bahawa Liga Super Malaysia merupakan keutamaan pada musim 2018.”

Gambar: JOHOR Southern Tigers

“Inia kerana kami perlu menjadi kelab Malaysia pertama yang bermain dalam Liga Juara-Juara AFC.”

“Oleh itu, meskipun Piala AFC yang mana kami seringkali menitikberatkannya pada tahun-tahun lalu, juga diletakkan kebelakang dahulu jikalau dibandingkan dengan kempen liga.”

“Para pemain telah mencapai sasaran mereka dengan memenangi gelaran liga dan begitu bermotivasi melakukannya.”

“Sekarang sudah menjelang akhir musim dan saya tertanya-tanya adakah sesetengah pemain mahu berehat lebih lama selepas kempen liga yang melelahkan dan sebelum bermulanya musim 2019.”

“Juga masih terdapat pertandingan Piala AFF Suzuki sebaik sahaja musim ini berakhir dan ia akan menambah lagi perlawanan yang dimainkan oleh pemain untuk tahun ini, dan memenangi Piala Malaysia mungkin tidak menawarkan apa-apa lebih daripada sekadar pingat kepada sesetengah mereka. Saya harap perkara ini tidak berlaku.”

JDT tewas 3-1 di tangan pasukan Kedah dan perlu memenangi perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi membolehkan mereka mara ke pusingan kalah mati.

JDT adalah juara bertahan Piala Malaysia buat masa ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN