Usain Bolt Akhirnya Melakukan Debut Sebagai Pemain Profesional

Ini bukan mimpi. Pelari pecut terkemuka dunia, Usain Bolt muncul sebagai pemain bola sepak.

Beliau bermain selama 20 minit untuk sebuah kelab Australia dalam perlawanan persahabatan.

Milik siapa?

Akhirnya, persoalan itu telah terjawab apabila beliau menyarung jersi Central Coast Mariners. Semalam, Usain bermain ketika menentang Central Coast Select, sebuah pasukan yang bertaraf amatur.

Menurut ABC News, kira-kira 10 ribu penonton telah hadir ke stadium untuk menonton peristiwa bersejarah itu. Mereka teruja untuk menonton aksi Usain sebagai pemain bola sepak yang diketahui umum sebagai pelari pecut.

Usain Bolt disenaraikan sebagai pemain simpanan untuk Mariners pada perlawanan persahabatan pra-musim tersebut.

Muncul peluang

Nampaknya Usain sedang cuba menggelecek di situ! (Photo by Cameron Spencer/Getty Images)

Akhirnya, jurulatih Mariners, Mike Mulvey memberikan peluang Usain memasuki padang. Usain dibawa masuk bagi menggantikan Michael McGlinchey pada minit ke-72.

Beliau beraksi baik dengan memberikan beberapa hantaran kepada rakan sepasukan. Malah, beliau dapat membuat satu rembatan ke arah gol tetapi tidak melepasi penjaga gol lawan.

Mariners menewaskan pasukan itu dengan skor 6 berbalas 1.

Mahu lagi

Usain Bolt dalam temuramah selepas perlawanan kepada Fox Sports Australia mengakui bahawa beliau agak rasa sedikit berdebar. Tetapi debaran itu pergi apabila beliau mula memasuki padang untuk beraksi.

Usain diberikan jersi bernombor 95 untuk Mariners. Barangkali selepas ini jualan untuk jersi kelab itu akan meningkat. Malah, ia berpotensi menarik ramai penonton aksi Mariners pada masa hadapan.

Seperti kita semua tahu, Usain berusaha untuk mencapai cita-cita untuk menjadi pemain kelab bola sepak profesional. Malah, pengendali akaun Twitter badan induk bola sepak dunia, FIFA sempat mengucapkan tahniah kepada Usain.

Sebenarnya, perlawanan ini merupakan salah satu perlawanan ujian untuk Usain sendiri. Beliau berpotensi akan diberikan kontrak jika Mariners sudi mengambilnya.

Mungkin selepas ini akan ada berita baik yang seantero dunia ingin dengar. Satu percubaan yang baik untuk beralih arah bukan? Sekurangnya ia boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN