TMJ: “Bukan Johor, Tapi Selangor Yang Kawal Bola Sepak Malaysia”

Bola sepak Malaysia

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor menafikan dakwaan yang mengatakan pihak dari sebelahnya yang menjadi ‘tukang kawal’ kepada segala yang berlaku dalam bola sepak Malaysia.

Selama ini, bermain dalam fikiran ramai penyokong bola sepak Malaysia yang terdapat sentimen TMJ dan JDT ‘mengawal’ aktiviti dalam sukan ini.

Namun begitu, dakwaan itu ditepis mudah oleh TMJ sewaktu menjawab soalan ketika sesi bertemu penyokong semalam di Stadium Sultan Ibrahim.

Menurut TMJ, rata-rata pemimpin bola sepak yang utama di Malaysia ini adalah bukan daripada Johor atau berkaitan dengan JDT, sebaliknya mereka berasal dari negeri Selangor.

TMJ mengambil contoh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang berasal dari Selangor.

Dalam masa yang sama, TMJ turut mendedahkan identiti asal Timbalan Presiden FAM iaitu Datuk S. Sivasundram.

“Awak tengok, Presiden FAM orang Selangor. Sekarang, presiden persatuan pengadil [Jawatankuasa Pengadil FAM], Datuk S. Sivasundram pun orang Selangor.

“CEO Malaysian Football League, pun orang Selangor – Stuart Ramalingam.”

“Awak nak kata Johor yang kawal bola? Selangor yang kawal bolalah,” ujar TMJ.

Penjelasan dari TMJ itu kemudiannya menerima tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir seolah-olah tanda bersetuju dengan kenyataan yang dikatakan.

Dalam sesi semalam, TMJ turut mendedahkan beberapa perkara terutamanya mengenai Benjamin Mora dan juga bekas pemain kebangsaan, Nurridzuan Abu Hassan yang sebelum ini pernah menolak menyertai JDT.

Kata TMJ, Nurri akan peroleh banyak piala jika menerima tawaran mereka satu masa dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN