TMJ Buat FB Live Petang Ini Untuk Peminat Bola Sepak Tanah Air!

TMJ akan mengadakan satu sesi FB Live pada 12 tengah hari dan 2 petang ini 25.03.2017.

Inisiatif ini untuk membolehkan peminat bola sepak tanah air mendengar ucapan baginda di kongres FAM.

Kongres FAM kali ini adalah yang ke-53 dalam sejarah bola sepak Malaysia dan bakal menyaksikan perlantikan Presiden baru FAM pada hari ini.

Jika tidak ada aral melintang, TMJ akan dinobatkan sebagai Presiden baru FAM. Ini kerana pencabar baginda Tan Sri Annuar Musa menarik diri.

Dalam kongres hari ini, perhatian pastinya lebih terarah kepada pemilihan Timbalan Presiden FAM.

Satu lagi sesi FB Live akan diadakan pada 2.00 pm. Ianya sebaik sahaja baginda selesai bermesyuarat bersama exco-exco baru.

Sumber gambar: http://www.johortimes.my/

Untuk sesi pada 2pm tersebut, bainda akan mengadakan satu sesi bersama peminat bola sepak tanah air. Sesi tersebut akan diadakan di Kristal Ballroom, PJ Hilton.

Ianya adalah sesi dialog di antara TMJ dan peminat bola sepak seperti yang sering diadakan baginda sebelum ini.

Inilah peluang untuk hadirin yang hadir nanti untuk bertanyakan misi dan visi baginda dalam FAM.

Jadi pada masa yang sama sesi Facebook Live ini membolehkan peminat bola sepak mendengar sendiri apa perancangan baginda untuk FAM.

Anda boleh ikut FB Live ini di lama facebook Johor Southern Tigers.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu sesi FB Live ini. Ia satu kaedah yang sangat baik dipilih oleh baginda.

Ini untuk memastikan semua peminat bola sepak Malaysia terus mendengar sendiri ucapan serta isu yang mahu dibangkitkan baginda.

Jadi, tetapkan temujanji anda petang ini dengan sesi TMJ!

Baca juga: Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN