Arsene Wenger Buka Cerita, Betapa Hampirnya Luis Suarez Ke Emirates!

Arsene Wenger menyatakan beliau sangat hampir untuk mendapatkan Luis Suarez. Kami di semuanyaBOLA tahu, cerita ini bukanlah baru.

Namun, baru-baru ini, Wenger sendiri yang menceritakan betapa hampirnya beliau mendapatkan penggempur berbisa Uruguay itu dari Liverpool.

Beberapa hari lalu, Xabi Alonso turut menceritakan beliau hampir dijual ke Arsenal. Tetapi Arsenal berkeras enggan menambah £3 juta lagi.

Akhirnya Liverpool menjual Xabi Alonso ke Real Madrid.

Peristiwa Luis Suarez ke Arsenal akan mengingatkan kita semua kepada tweet panas John Henry, “What are they smoking over there at the Emirates?”

Arsene Wenger terbuka bercerita tentang peristiwa ini. Beliau berkata kepada BeIn Sports:

“Kita cuba melakukan perjanjian dengan pemain yang saya tidak diberikan informasi tepat bahawa beliau (Suarez) ada klausa perlepasan.”

“Anda boleh tanya Luis Suarez. Dia pastinya akan berkata dia memang mahu menyertai kami (Arsenal) ketika itu.”

“Mereka kemudian memujuk Suarez untuk kekal setahun lagi. Memperbaiki kertas kontrak dan berjanji akan menjual beliau keluar selepas itu.”

Arsene Wenger juga berkata, beliau sangat memerlukan pemain seperti Suarez walaupun pemain tersebut dibelenggu banyak insiden di dalam padang.

“Itu perkara biasa. Anda tidak boleh berkata anda menerima apa yang dia lakukan. Dia ada beberapa perangai yang mengejutkan semua. Dia berhak dihukum.”

“Rasanya, dalam 2-3 tahun ini, Suarez sudah tinggalkan perangai buruk itu.”

“Dia adalah penyerang yang hebat, masuk ke dalam kotak, dan semua itu yang anda mahukan daripada penyerang bijak seperti Suarez.”

Baca juga: 6 Selebriti Terkenal Yang Merupakan Penyokong Tegar Kelab EPL (Big Six)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN