TMJ Beri Pesanan Kepada Penyokong Bola Sepak, Hati-Hati Dengan Ahli Politik

Tengku Mahkota Johor beri pesanan kepada penyokong bola sepak di seluruh Malaysia berfikir dengan bijak serta berhati-hati dengan kuasa ahli politik.

Dalam temuramah yang dicatatkan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, baginda bercakap mengenai beberapa perkara termasuk isu pemilihan presiden FAM.

Proksi

Ketika ditanya mengenai keadaan semasa, baginda meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa melawan dengan beberapa individu dalam usahanya menyelamatkan bola sepak negara.

Saya rasa cukup menyedihkan untuk melihat yang kami perlu bergaduh dengan badan induk dan beberapa individu hanya untuk menyelamatkan bola sepak.”

Gambar: Nizam Rahman/Asiana

Selain itu juga, baginda juga menyatakan salah seorang calon presiden FAM merupakan proksi kepada Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin.

Dalam masa yang sama, TMJ juga memberikan pesanan agar rakyat yang merupakan peminat bola sepak berhati-hati dengan dengan “ahli politik yang terdesak”.

“Jangan memandang rendah kuasa seorang ahli politik yang terdesak.”

“Mereka sanggup melakukan atau mengatakan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan mereka dan memanipulasi minda yang tidak bersalah untuk kepentingan peribadi mereka sendiri”.

Orang kecil lagi angkuh

Dalam temuramah itu juga, TMJ menggelarkan dirinya sebagai “orang kecil lagi angkuh”.

Hal ini baginda tujukan 2 calon presiden FAM yang juga merupakan ahli politik.

Mereka adalah orang yang baik. Saya seorang yang angkuh.”

“Tetapi perbezaan di antara kami adalah mereka memerlukan wang, kedudukan, dan kemudian membunuh impian anda. Saya pula mempunyai sumber untuk memenuhi impian anda.”

TMJ juga di akhir temuramah, baginda juga memberikan bayangan siapa yang akan memenangi pemilihan presiden FAM.

“Khairy Jamaluddin atau proksi menteri.”

Siapa proksi menteri itu? Kami yakin anda semua tahu.

Baca juga: Inter Milan Keluar Kenyataan Rasmi Tembak Juventus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN