TMJ Bakal Tinggalkan JDT Pada Tahun Depan?

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim semalam memberi bayangan kemungkinan akan meninggalkan kelab kesayangannya itu berdasarkan paparan dalam laman instagram miliknya.

Baginda yang mengambil alih kelab Harimau Selatan pada tahun 2013 itu seakan meluahkan kekecewaannya walaupun JDT sudah mencipta pelbagai kejayaan yang luar biasa dengan memenangi 16 piala melibatkan empat piala belia, 12 piala bersama pasukan itu termasuk Piala AFC.

Menurut paparan yang dimuat naik di laman instagramnya, tahun ini mungkin merupakan tahun terakhir baginda bersama JDT dan mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong dengan lambaian tangan.

Tangkap layar di Instagram hrhcrownprinceofjohor.

“Tak ramai yang sedar. Semua sibuk cakap pasal (Mario) Gomez, Safiq Rahim, (Jorge Pereyra) Diaz, Aaron (Niguez). Tapi mereka lupa siapa lahirkan kelab ini dan siapa yang rekrut mereka semua ini.

“Pemain dan jurulatih keluar masuk namun tetap menang 16 piala, termasuk empat piala belia, 12 piala pasukan senior. Tiba masa­nya mereka akan sedar.

“Sama macam Real Madrid, semua ingat CR7 (Cristiano Ronal­do). Tapi semua tak hargai Florentino Pe­rez. Kalau tiada dia, tiada Galacticos, tiada semua pemain yang dia rekrut dan tiada semua piala yang dimenangi akhir akhir ini.

“Secara jujur ini mungkin tahun terakhir saya, cukuplah setakat ini, terima kasih,” tulisnya di Instagram hrhcrownprinceofjohor.

Morais

Bagaimanapun paparan tersebut tidak kelihatan dan sudah dipadam selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Selain itu, laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers (JST) cuba memberikan sokongan dengan mengeluarkan kenyataan mengenai pengorbanan yang telah dilakukan oleh TMJ da­ri segi masa, tenaga dan wang ringgit.

Apapun yang berlaku, JDT pada hari ini tetap dikenali sebagai sebuah kelab bola sepak yang hebat di Malaysia dan merupakan satu-satunya wakil negara yang bertanding dalam saingan kelab kelas tertinggi di Asia, AFC Champions League (ACL).

Mereka akan bertemu kelab gergasi Jepun, Kashima Antlers pada perlawanan pertama ACL pada hari selasa ini.  SemuanyaBOLA ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Selatan dan mengharumkan nama Liga Malaysia di peringkat Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN