Dua Jaringan Luis Suarez Singkirkan Real Madrid Daripada Copa Del Rey

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona berpeluang menambah bilangan koleksi trofi musim ini selepas menewaskan seteru utama, Real Madrid dengan jaringan 3-0 sekaligus menempah tiket ke final Copa del Rey buat kali keenam berturut-turut.

Barca memenangi empat edisi sebelum ini tetapi jurulatih, Ernesto Valverde menukar skuadnya pada musim ini dalam saingan piala ini dan pasukan ini berjaya menebus kekalahan pada perlawanan pertama kepada Levante dan Sevilla untuk memenanginya dalam perlawanan timbal balik sekali gus melangkah ke separuh akhir.

https://twitter.com/EhsanT91/status/1100892248047259649

Barca mara ke final dengan agregat 4-1 selepas Real Madrid terlepas peluang menjaringkan beberapa gol pada aksi separuh akhir pertama di Santiago Bernabeu.

Dua jaringan daripada bintang Uruguay, Luis Suarez serta jaringan sendiri daripada pemain pertahanan Real, R. Varane sudah cukup untuk memastikan rekod kemenangan di antara kedua-dua pasukan adalah seimbang selepas 241 perlawanan.

“Anda perlu menjaga reputasi kelab ini, ini adalah pasukan terbaik di dunia dan kami melakukan keseluruhannya pada malam ini,” kata Suarez.

“Ini adalah satu lagi persembahan terbaik kelab kami. Orang sering bercakap tentang kami tidak peduli untuk memenangi piala ini tetapi kami membuktikan betapa kami sering mahu menang bagi setiap trofi yang kami sertai.

“Kami tahu pergi ke Bernabeu adalah sukar tetapi kami sedar bahawa kami mempunyai peluang hebat untuk beraksi dalam satu lagi final.” katanya.

Pengendali Barcelona, Valverde mengakui pasukannya kemungkinan ketinggalan pada beberapa ketika tetapi naluri untuk mencipta kejayaan berjaya tetap tebal biarpun baru mencatatkan seri tanpa jaringan dalam Liga Juara-Juara menentang Olympique Lyonnais.

“Ia bukanlah persembahan terbaik kami, kami akuinya tetapi kami jaringkan tiga kali tanpa mencipta banyak peluang. Kadang kala ia boleh jadi sebaliknya,” katanya.

“Bola sepak adalah sesuatu yang sukar dijangka. Di Lyon, kami mempunyai 25 sepakan percubaan dan kami tak menjaringkan satu pun dan orang ramai mengatakan kami di dalam krisis.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN