CBF Sambung Kontrak Tite Selama 4 Tahun Walaupun Gagal Julang Brazil

Pengurus Brazil, Tite diberikan sambungan kontrak selama 4 tahun setengah sekaligus memastikan beliau bakal mengendalikan skuad kebangsaan Brazil di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pada Rabu lalu, sepertimana yang disiarkan oleh Reuters.

Brazil melalui kempen Piala Dunia yang mengecewakan di Rusia, selepas disingkirkan oleh Belgium di peringkat suku akhir. Namun ia tidak menghalang CBF dari terus memberikan kepercayaan kepada Tite yang dianggap popular di Brazil.

(Photo by Eduardo Carmim/Brazil Photo Press/LatinContent/Getty Images)

Menurut CBF lagi, langkah menyambung kontrak Tite ialah sebahagian daripada projek jangka masa panjang projek badan induk bola sepak Brazil itu, sekaligus mengekalkan Tite selama 6 tahun sebagai pengendali skuad Selecao.

“Kami sentioasa percaya segala perancangan teliti dan pelaksanaan yang dilakukan akan memberi pulangan seperti yang kami harapkan pada masa hadapan,” ujar Rogerio Caboclo yang merupakan Pengarah Eksekutif CBF.

Tite mengambil alih peranan sebagai pengurus Brazil pada 2016 untuk menggantikan Dunga. Di dalam tempoh masa yang singkat, beliau berjaya mengubah stabiliti pasukan Brazil sehingga berjaya melayakkan diri ke Rusia selepas permulaan yang kurang memberangsangkan di pusingan kelayakan.

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Neymar of Brazil in action during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Fred Lee/Getty Images)

Walaupun tiba di Rusia sebagai pasukan pilihan, Brazil bergelut untuk melepasi peringkat kumpulan sebelum menewaskan Mexico 2-0 di pusingan kedua kejohanan.

Namun ia tidak mencukupi untuk mereka melepasi halangan Belgium apabila tewas 2-1 di suku akhir.

Tite berjaya mengelakkan kecaman melampau dari penyokong bola sepak Brazil, dan rata-rata dari mereka turut mahu pengendali berusia 57 tahun itu untuk kekal.

Selain daripada Tite, CBF turut mengesahkan barisaan staff kejurulatihan di bawah Tite termasuk bekas pemain Arsenal, Edu turut akan dikekalkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN