5 Perlawanan Persahabatan Pramusim Yang Menjadi Tumpuan Peminat Bola Sepak Dunia

Selepas saingan Piala Dunia menutup tirainya dengan kemenangan Perancis sebagai juara, peminat bola sepak dunia kini sudah boleh alihkan tumpuan kepada saingan Liga domestik masing-masing.

Sementara menunggu perlawanan pembukaan liga berlangsung, kita terlebih dahulu akan dihidangkan dengan aksi pramusim yang berkualiti terutamanya kejohanan International Champions Cup (ICC) yang pasti akan menarik perhatian peminat.

Manchester United lwn Liverpool FC (28 Julai 2018)

Ianya mungkin perlawanan yang membosankan bagi anda apabila 2 seteru Liga Perdana Inggeris bertemu di perlawanan pramusim. Tetapi ianya perlawanan yang berbaloi untuk ditonton kerana peminat MU dan Liverpool berpeluang menyaksikan kemampuan muka baharu dalam pasukan masing-masing sebelum Liga bermula.

Paling menarik, perlawanan pertunjukan itu diadakan di Stadium Michigan’s Ann Arbor, Amerika Syarikat dimana skuad Red Devils bertemu dengan Real Madrid di hadapan 109,000 penonton pada tahun 2014. Ketika itu, ia merupakan rekod kehadiran tertinggi yang pernah dicatatkan.

Selain itu, pengurus Liverpool, Juergen Klopp telah mengesahkan 3 pemain utama yang terlibat dalam kejohanan Piala Dunia iaitu Firmino, Mane dan Salah akan beraksi dalam perlawanan ini tetapi tumpuan peminat pasti terarah kepada penampilan pertama muka baharu iaitu Fabinho dan Shaqiri.

Manchester United juga dijangka akan menurunkan bintang Brazil yang baru ditadatangani bulan lepas iaitu Fred. Ini adalah pembelian kedua dilakukan Mourinho kali ini selepas bek sisi Porto, Diogo Dalot yang juga dilaporkan menandatangani kontrak 5 tahun.

Fred adalah pemain tengah yang boleh bermain di peranan no.6. Mourinho memerlukan pemain seperti ini dalam sistem beliau. Sebelum ini Mourinho seringkali mahukan pemain seperti Carrick dalam pasukan.

Namun Carrick tidak boleh bermain setiap minggu atas faktor usia dan akhirnya mengumumkan persaraan. Kehadiran Fred dijangka akan memberikan lebih kebebasan kepada Pogba untuk menyerang. Fred dijangka akan bergandingan dengan Matic sebagai pivot.

Barcelona lwn Tottenham Hotspur (28 Julai 2018)

Antara perlawanan yang diimpikan oleh peminat untuk bertemu dalam saingan UEFA Champions League tetapi mereka telah pun ditakdirkan bertemu lebih awal ketika perlawanan pramusim di Rose Bowl Arena, Amerika Syarikat.

Tottenham Hotspur menampilkan prestasi yang cemerlang apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lepas di tangga ke 3. Dengan kembalinya ke stadium baharu musim depan, mereka tekad memburu gelaran juara Liga dengan melakukan persiapan rapi.

Perlawanan dijadikan sebagai medan terbaik untuk Spur menguji muka baharu memandangkan beberapa tonggak utama masih belum melaporkan diri selepas terlibat dalam kejohanan Piala Dunia di Russia. Beberapa pemain muda dijangka akan membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan ini.

Tottenham dan Barcelona hanya bertemu sekali ketika kejohanan Eropah pada tahun 1982 dan pernah mengadakan perlawanan persahabatan di Wembley pada tahun 2009 dimana ia berakhir dengan keputusan seri, 1-1.

Paris St. Germain lwn Atletico Madrid (30 Julai 2018)

Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan International Champions Cup (ICC) merupakan kejohanan pramusim yang menemukan beberapa kelab gergasi di eropah.

Kelab dari Perancis, Paris Saints Germain (PSG) bakal membuat penampilan dalam kejohanan berkenaan dengan kelab Sepanyol, Atletico Madrid di Stadium Nasional Kallang, Singapore. Kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu dalam perlawanan kompetitif seperti UEFA Champions League.

Mereka hanya diundi bertemu sesama sendiri hanya sekali dalam sejarah iaitu ada kejohanan ICC pada tahun 2009 dimana ianya berakhir dengan keputusan seri, 1-1. Walaubagaimanapun, pertemuan pada tahun ini pasti menjanjikan aksi yang menarik apatah lagi dengan kehadiran semula pemain daripada skuad Piala Dunia Russia.

PSG kali ini hadir dengan pengendali baharu iaitu bekas pengurus Borussia Dortmund, Thomas Tuchel yang mengikat perjanjian selama 2 tahun bagi menggantikan Unai Emery.

Real Madrid lwn Manchester United (31 Julai 2018)

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid bakal bertemu Manchester United dalam kejohanan pramusim, International Champions Cup 2018 (ICC). Kali pertama mereka bertemu dalam kejohanan ICC ialah pada tahun 2014 dan kemudian pada tahun 2017 sebelum kejohanan UEFA Supercup seminggu kemudian.

Kebiasaannya perlawanan ini menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia yang ingin melihat aksi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menentang bekas kelabnya ketika zaman Sir Alex Ferguson. Namun begitu, ianya tidak menjadi kenyataan kerana Ronaldo telah memilih untuk menyertai kelab gergasi Itali, Juventus.

Kali ini, penyokong Real Madrid ingin melihat kemampuan pengurus baharu Los Blancos, Julen Lopetegui dalam perlawanan pertamanya.

Lopetegui yang dilantik bagi menggantikan Zinedine Zidane ini pernah menguruskan semua pasukan remaja Sepanyol di kesemua peringkat umur. Selain itu, beliau pernah menguruskan Real Madrid Castilla yang merupakan pasukan simpanan Real Madrid selain pernah menjadi pengurus pasukan Porto sebelum menjadi pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol.

Tugas sebagai pengurus Real Madrid ini pastinya sukar kerana beliau perlu mengembalikan penguasaan kelab tersebut di peringkat domestik dan juga mengekalkan penguasaan mereka di peringkat Eropah.

Bagi pengurus Manchester United, Jose Mourinho, beliau tidak mengambil serius terhadap perlawanan ini dan menggangap ia hanyalah perlawanan pemanas badan sebelum saingan Liga bermula. Mourinho menjadikan perlawanan ini sebagai medan untuk menguji taktikal baharu dengan kombinasi pemain yang baru dan lama.

Real Madrid lwn Juventus (4 Ogos 2018)

Ini adalah perlawanan yang paling ditunggu-tunggukan oleh peminat bola sepak dunia terutamanya peminat setia Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang menyertai juara Serie A, Juventus itu selama 4 tahun dengan perpindahan mencecah €105 juta dijangka akan beraksi dalam perlawanan yang menentang bekas kelabnya dimana beliau memenangi 16 kejuaraan domestik dan juga di peringkat antarabangsa.

Dua pasukan gergasi eropah ini telah bertemu beberapa kali di kejohanan UEFA Champions Legue tetapi rekod kemenangan lebih berpihak kepada Real Madrid. Ketika bersama Los Blancos, Ronaldo terlibat dalam menjaringkan gol sepanjang 7 pertemuan dengan Juventus.

Sangat menarik untuk disaksikan bagaimana Real Madrid menentang bekas ayam tambatan mereka dengan membarisi beberapa muka baharu.

Rumusan

Pramusim ialah persiapan awal pasukan menguji keserasian pemain sebelum menghadapi perlawanan sebenar bulan depan.

Peminat menjangkakan persaingan Liga musim depan pasti sengit dengan kehadiran muka baharu yang menyinar ketika saingan Piala Dunia. Kali ini kebanyakan kelab gergasi eropah mengambil pengurus baharu dan mereka bakal hadir dengan pelbagai taktikal yang berbeza.

Malah, para pengkritik bola sepak meramalkan tarikan terhadap Liga Sepanyol, La Liga bakal berkurang berikutan penghijrahan Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN