Siapa masih lagi ingat dengan Juninho Pernambucano? Lagenda Olympique Lyonnais yang cukup hebat satu masa dahulu merupakan pakar sepakan percuma!
Hampir dari 80 gol beliau terhasil menerusi sepakan percuma dan beliau merupakan antara pemain terawal yang menggunakan teknik knuckle ball yang cukup sukar untuk diatasi oleh penjaga gol.
Beliau kali ini dijemput oleh pakar bola sepak gaya bebas iaitu Sean Garnier untuk mengajar cara yang cukup berguna untuk digunakan ketika mengambil sepakan percuma.
Selamat menonton!
Nota kaki: Jangan lupa buka sari kata dahulu sebelum menonton kerana video ini ditutur dalam bahasa Perancis. Klik pada ‘CC’ pada kanan bawah video ya!
Baca juga: Juninho Pernambucano: Lagenda Sepakan Percuma Kebanggaan Lyon