5 Perkara Daripada Perlawanan Global FC Tewaskan JDT 3-2

Global FC tewaskan JDT di Stadium Memorial Rizal, Filpina. Ia satu kemenangan besar untuk pasukan tersebut menghidupkan impian untuk mara ke pusingan seterusnya.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan!

1. Kekalahan di peringkat kumpulan

Kali terakhir mereka tewas dalam peringkat kumpulan adalah pada 17/03/15 di tangan Kitchee. Ianya lebih 2 tahun yang lalu.

Musim lalu, JDT menang kesemua 6 perlawanan di peringkat kumpulan Piala AFC.

JDT masih dilihat pasukan pilihan untuk mara dari kumpulan ini. Namun mereka perlu elakkan kelekaan pada 2 perlawanan selepas ini.

2. Kalah 2 kali berturut-turut

Ini adalah kali pertama mereka tewas 2 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan (90 minit & tidak termasuk persahabatan) sejak 14/2/2015.

Kali terakhir adalah pada 10/02/15-14/2/2015 apabila mereka tewas 3-0 di tangan Bangkok Glass diikuti kekalahan 1-0 di tangan PDRM dalam Liga Super.

Sebelum ini, Pahang menagkhiri rekod tanpa kalah mereka dalam 7 perlawanan di semua pertandingan.

3. Pertahanan JDT

JDT melepaskan 6 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Ia sudah pasti sesuatu yang merisaukan kem mereka.

Sebelum ini mereka kalah 3-1 di tangan Pahang. Sebelum ini, hanya Aidil pemain utama yang masih belum cergas. Pemain-pemain lain boleh dikatakan sudah kembali ke dalam pasukan.

Kali ini, Aidil kembali ke dalam pasukan, namun masih masalah yang sama berlaku. Isu penggiliran skuad pastinya bukan alasan kukuh kerana kualiti pemain-pemain mereka jelas beraksi di bawah paras sebenar.

Isu pemain tengah pertahanan (defensive midfielder) terus menjadi antara isu penting dalam skuad ini.

2 kali mereka ditewaskan di garisan tinggi. Ia adalah masalah yang mereka kerap hadapi musim ini. Gol pertama Global jelas sekali aksi pertahanan kasual oleh Marcos Antonio.

4. JDT lemah dalam penyudah

Penyudah yang kami maksudkan dalam perlawanan ini melibatkan cubaan gol dan juga hantaran akhir.

Mereka mencipta banyak peluang di dalam perlawanan ini, cuma gagal menyudahkannya dengan lebih tajam.

Dari segi hantaran, terlalu banyak hantaran lemah dan gagal menemui rakan. Akhirnya ia mengundang kepada serangan balas lawan.

Namun mujurlah Global FC agak tumpul dalam serangan balas pada separuh masa kedua.

5. Taktikal Benjamin Mora

Sekali lagi isu taktikal menjadi bualan. JDT masih belum menemui taktikal signifkan dan kesebelasan terbaik pada musim ini.

Ketiadaan Safiq Rahim membuatkan pasukan ini tidak ada pemimpin di tengah. Pemain tengah seperti Nazmi dan Amirulhadi harus lebih kepimpinan di tengah apabila tiada Safiq Rahim.

Jika tidak, bermakna Safiq Rahim tidak boleh ‘bercuti’ dalam pasukan ini.

Aksi separuh masa pertama mungkin antara yang terburuk musim ini untuk mereka.

Dalam perlawanan ini, boleh dikatakan mereka bermain dengan bergantung kepada teknikal serta individual brilliance berbanding dengan taktikal.

Benjamin Mora buat masa ini sudah menghampiri butang panik. Mereka belum dalam situasi panik kerana JDT masih berkelebihan untuk mara dari kumpulan ini, pada masa yang sama masih dalam persaingan kejuaraan liga.

Baca juga: Highlight: Global FC 3 JDT 2, Tuan Rumah Kejutkan Bekas Juara!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN