Tips Untuk Atasi Pihak Lawan Yang Gunakan 3 Formasi Lazim Dalam FIFA 17

Setiap formasi yang digunakan di dalam FIFA 17 ada kelemahan yang tersendiri.

Pada hari ini saya akan cuba berkongsi pengetahuan saya tentang cara mengatasi formasi yang digunakan pihak lawan.

Jika ada salah silap saya minta maaf. Jadi kita mulakan dengan 3 formasi yang selalu digunakan para pemain FIFA 17.

Gambar: AmTuah/Fire Dragon

Formasi 3-5-2

Kebiasaanya formasi 3-5-2 adalah formasi yang digunakan untuk bertahan di mana 3 pertahanan tengah dikekalkan di bawah walaupun ketika menyerang.

Bek sayap (wing back) pula akan melakukan overlap jadi secara tidak lansung, bahagian tepi pihak lawan kita akan terbuka.

Pendapat saya, kita boleh gunakan formasi 4-3-3 wide untuk eksploitasi ruang yang terbuka tu.

Pemain saya yang laju akan memberikan kita kelebihan ketika melakukan serangan balas pantas.

Formasi 4-2-3-1

Formasi ini biasa digunakan apabila pihak lawan hendak menguasai bahagian tengah dengan meletakkan ramai pemain tengah. Selain itu, dengan double pivot yang digunakan akan memudahkan pihak lawan menguasi bola.

Cara yang terbaik untuk menghalang formasi ini dari menjaringkan goal ialah menggunakan formasi 5-3-2.

Kegunaanya adalah 5 pertahanan di bahagian bawah akan menutup half space dan untuk penyerang tunggal pihak lawan mengalami kesukaran untuk masuk ke dalam kawasan kita.

Formasi 4-4-2 klasik

Formasi ini boleh dikatakan formasi bersifat menyeluruh (all-rounder) disebabkan akan ada 2 pemain sayap, 2 pivot dan 2 penyerang.

Cara yang paling berkesan untuk mengatasi pihak lawan yang menggunakan formasi ini adalah menggunakan 4-1-2-1-2 (Diamond Wide).

Formasi Diamond wide ini membolehkan single pivot yang merupakan Central Defensive Midfielder (CDM) menghalang pegerakan pihak lawan yang bermain secara terus (direct) ketika menggunakan formasi ini.

Untuk bahagian serangan, kita boleh memfokuskan pada bahagian Half space dan menggunakan 2 pemain penyerang yang ditugaskan sebagai target man.

p/s: Tips ini terpakai untuk permainan FIFA 17 sahaja. Ia mungkin sedikit berbeza dengan bola sepak sebenar.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Amirul ‘AmTuah’ Afandi yang merupakan pemain e-sukan negara. Jika anda mahu artikel anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Leave a Reply