Bekas pengurus Liverpool dan Real Madrid, Rafa Benitez kini dilihat akan kembali ke Eropah untuk meneruskan kariernya bersama-sama pasukan di sana.
Beliau sebelum ini memilih untuk meninggalkan Dalian Professional atas alasan wabak Covid-19 di negara tersebut.
“Malangnya, seperti banyak perkara [yang terjadi] pada tahun lalu, Covid-19 telah mengubah hidup dan projek kami.”
“Mulai hari ini, saya dan staf kejurulatihan tidak lagi melatih Dalian Professional,” kata Benitez menerusi blognya yang dipetik dari Free Malaysia Today.
Keputusan itu telah membuatkan di Eropah terutamanya Britain telah membuatkan spekulasi kencang mengenai masa depannya.
Beliau kini disebut-sebut bakal menyertai Celtic di Scotland untuk membantu mereka cuba menghalang Rangers daripada terus menguasai liga.
Celtic kini sudah ketinggalan 23 mata dibelakang skuad bimbingan Steven Gerrard yang cukup ampuh musim ini dengan penyokong sudah mula mahukan Neil Lennon disingkirkan dari pasukan.
Jika Benitez masuk segera ke Celtic, ianya pasti memberikan suntikan semangat baharu buat mereka dalam misi mengejar Rangers walaupun ianya tampak sukar.
Ianya juga menjadi kejutan kerana laporan di Britain sebelum ini menyebut mantan pengurus Bournemouth, Eddie Howe dilihat sebagai calon untuk menggantikan Lennon.
Paling kurang yang boleh dilakukan oleh beliau musim ini adalah dengan mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan yang begitu jauh.
Apa yang menarik sekiranya Benitez menyertai Celtic, perseteruan antara kedua-dua kelab akan menjadi semakin menarik apabila Gerrard berhadapan dengan bekas pengurusnya sendiri.
Ianya bakal mengulangi apa yang berlaku sebelum ini apabila Gerrard berhadapan dengan Brendan Rodgers yang mengemudi Celtic sebelum ke Leicester City.
Baca juga artikel kami mengenai Rafa Benitez:
Alan Shearer Malu Dengan Tindakan Kelab Ke Atas Rafa Benitez
Rafa Benitez Enggan Dibuai Kemenangan, Mahu Newcastle United Teruskan Momentum (semuanyabola.com)
Jamie Carragher: “Rafa Benitez Harus Tinggalkan Newscatle United” (semuanyabola.com)