Rafa Benitez Enggan Dibuai Kemenangan, Mahu Newcastle United Teruskan Momentum

Kemenangan 2-0 Newcastle United pada perlawanan menentang Burnley di St. James’ Park awal tadi semakin menjarakkan kedudukan The Magpies daripada zon penyingkiran.

Dua jaringan tersebut telah dihasilkan oleh Fabian Schar dan Sean Longstaff bagi meletakkan Newcastle United di tangga ke-13 dengan mengumpul 31 mata.

Kejayaan memperoleh tiga mata itu juga merupakan kemenangan kedua berturut-turut selepas Newcastle turut meraih keputusan sama ketika bertemu Huddersfield Town minggu lalu di laman sendiri.

Bagi pengurus Newcastle United, Rafa Benitez, beliau memberikan amaran bahawa kedudukan pasukannya masih belum selamat walaupun mereka kini tujuh mata di hadapan Southampton yang menduduki tangga ke-18 liga.

Southampton masih kekurangan satu perlawanan dan sekiranya skuad bimbingan Ralph Hasenhuttl meraih kemenangan ketika bertemu Fulham awal pagi esok, Newcastle akan berkelebihan enam mata di hadapan Cardiff City.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – FEBRUARY 26: Sean Longstaff of Newcastle United (R) celebrates after scoring his team’s second goal with team mates Matt Ritchie, Isaac Hayden and Jamaal Lascelles during the Premier League match between Newcastle United and Burnley FC at St. James Park on February 26, 2019 in Newcastle upon Tyne, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Sudah tentu, memenangi perlawanan akan memberikan anda lebih keyakinan tetapi kami perlu mempunyai idea yang sama tentang satu perlawanan pada satu masa.”

”Tugasan masih belum selesai, tiada peluang. Kami perlu menghadapi setiap perlawanan dengan mentaliti yang sama. Para pemain tahu mengenai perkara itu dan penyokong juga melakukannya.”

“Para pemain layak mendapat kredit – mereka melakukannya dengan sangat baik. Mereka berjuang untuk satu sama lain pada separuh masa kedua. Ia merupakan kemenangan yang cukup baik menentang pasukan yang baik.”

”Saya tidak memikirkan berapa banyak mata kami boleh jarakkan, hanya untuk terus melakukan apa yang kami tahu kami boleh lakukan dengan baik.”

”Kami pergi ke Sepanyol dan berlatih dengan cukup baik dan kembali dan berada dalam keadaan yang sama.”

”Para pemain bekerja keras dan mereka berminat untuk melakukan perkara yang betul. Mereka mahu untuk menjadi mantap dalam satu pasukan dan menjadi ancaman (pasukan lawan).”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN