Kesatuan pemain bola sepak dunia, Fifpro berkata cadangan Napoli untuk mendenda semua pemain skuad kelab tersebut kerana meninggalkan kem latihan adalah tidak adil.
Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis mengarahkan pemain menghadiri kem latihan selama seminggu selepas pasukan itu berada 11 mata di belakang Juventus di saingan Serie A.
Bagaimanapun, pemain-pemain kembali kepada keluarga mereka hanya selepas tiga hari kem latihan tersebut, walaupun tetap meneruskan latihan selepas itu.
Here’s the story of how #Napoli have been accused of “abuse and intimidation” of their own players by FIFPRO.
Spoiler alert: It all comes down to Aurelio De Laurentiis.
For @ForbesSports https://t.co/HyzWqJ9Mza
— Chloe Beresford (@ChloeJBeresford) November 30, 2019
“Seperti mana-mana pekerja, pemain bola sepak profesional juga memiliki hak supaya kehidupan peribadi mereka dihormati,” ujar satu kenyataan dari Fifpro.
Pengurus pasukan, Carlo Ancelotti dan pemain-pemainnya semuanya kembali ke kediaman masing-masing selepas keputusan seri 1-1 menentang Red Bull Salzburg di pertandingann Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 5 November lalu.
Napoli kemudiannya turut mencatatkan tiga lagi keputusan seri termasuk menentang Liverpool di UCL minggu ini.
#FIFPro have announced they are helping #Napoli players avoid “further abuse and intimidation by the #SerieA club” after their heavy fines, which were imposed “without valid grounds.” https://t.co/iFdtQTISYn #UCL pic.twitter.com/bkeILpKctY
— footballitalia (@footballitalia) November 30, 2019
“Jadual perlawanan yang sememangnya sudah padat sudah menyebabkan pemain berjauhan dari keluarga untuk tempoh masa yang lama,” tambah kenyataan dari Fifpro.
“Pemain-pemain di Napoli tidak boleh dijadikan mangsa keadaan yang tidak betul dicetuskan oleh kelab, apabila keputusan perlawanan tidak memihak kepada mereka.
“Perkara teknikal bukan tanggungjawab pengarah-pengarah di sesebuah kelab, dan kami menyokong Ancelotti dan pemain-pemainnya di Napoli kerana bersatu hati dalam masa yang sukar ini.”
Napoli players’ salaries will be cut by 2.5 million euros, according to Italian media reports. https://t.co/fwGJgWAes8
— Times of Malta (@TheTimesofMalta) November 30, 2019
Fifpro juga berkata mereka bersedia untuk membantu pemain yang bernaung di bawah AIC demi memastikan mereka tidak menjadi mangsa salah guna kuasa atau intimidasi di dalam kelab.
“Ritiro” – adalah situasi dimana kelab akan mengumpul pemain di hotel penginapan atau pusat latihan apabila mengalami keputusan buruk. Ia bagaikan amalan kebiasaan di Itali.
Pada awal November, Napoli mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan “ritiro” tersebut bukan bentuk hukuman kepada pemain, tetapi sebagai satu langkah konstruktif daripada kelab.