Pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano mendedahkan yang beliau yakin karier Timo Werner tidak akan pernah sama andai bekas bintang RB Leipzig itu memilih untuk ke Anfield berbanding ke Stamford Bridge.
Fabrizio percaya Timo werner bakal lebih menyerlah seandainya beliau memilih untuk beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Werner melengkapkan perpindahannya menyertai Chelsea pada tahun 2020 yang lalu, dengan beliau sebelum itu turut hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Liverpool.
📰{NEWS}📰
Fabrizio Romano suggests 'high-level player' Timo Werner made a mistake joining Chelsea over Liverpool #LFC
🔴: @FabrizioRomano [@caughtoffside] https://t.co/BAiDdeGK9a
— Empire of the Kop (@empireofthekop) July 26, 2022
Bintang Jerman itu ditandatangani dengan harapan agar beliau akan mampu untuk menjadi penjaring utama skuad The Blues yang ketika itu dikendalikan oleh Frank Lampard.
Walau bagaimanapun, ketika musim debutnya bersama Chelsea dalam saingan Premier League, Timo Werner hanya mampu untuk menjaringkan enam gol sahaja dalam saingan liga.
Melihat beliau terlalu kerap mensia-siakan banyak peluang, The Blues akhirnya memutuskan untuk mengeluarkan dana yang sangat besar untuk membeli Romelu Lukaku.
Bintang Belgium itu dibeli dengan harga memecah rekod dan jelas sekali The Blues melakukan hal itu kerana mereka terdesak mahukan pemain penyerang yang klinikal.
“In my opinion, Timo Werner is a high-level player but he needs a different style of play to shine: because of this, I feel a move to Liverpool instead could have helped him fulfil his potential." #lfc [caught offside]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) July 26, 2022
Walau bagaimanapun, Lukaku gagal untuk menyerlah di Stamford Bridge dan menyebabkan pihak kelab terpaksa meminjamkan beliau ke Inter Milan pada musim baharu ini.
Keputusan pihak kelab melabur banyak untuk mendapatkan Lukaku sahaja sudah boleh dianggap bukti nyata yang kelab sememangnya tidak mempercayai Werner.
Bahkan Thomas Tuchel lebih memilih untuk memainkan Kai Havertz di peranan false 9 berbanding memberi kepercayaan kepada Werner untuk memimpin jentera serangan The Blues.
Apa yang paling menyedihkan adalah Werner sebenarnya seorang pemain muda yang sangat berpotensi dan berbakat, namun beliau gagal untuk menyerlah.
There’s discussion between Juventus and Chelsea for Timo Werner ⚪️⚫️
Juve are exploring the possibility alongside Morata. Chelsea may let Timo leave on loan this summer.
📰 via @FabrizioRomano pic.twitter.com/cDJ5bhQjHK
— Italian Football TV (@IFTVofficial) July 26, 2022
Fabrizio merasakan sistem di Chelsea yang menjadi punca mengapa beliau sukar untuk menyerlah kerana ramai tahu Werner seorang penyerang yang merbahaya.
Ketika kariernya bersama RB Leipzig, beliau berjaya menjaringkan 28 gol dalam sainga Bundesliga pada musim terakhirnya di Jerman.
Kerana itulah Fabrizio Romano turut bersetuju yang Werner sememangnya pemain yang bagus namun beliau berada di tempat yang tak sesuai dengannya.
Dalam kolum beliau di Caught Offside, Romano menggambarkan yang pemain kebangsaan Jerman itu sebagai pemain berkelas tinggi yang perlu bermain corak permainan berbeza untuk lebih menyerlah.
🔁 Timo Werner appears increasingly likely to leave #CFC this summer.
👉 Via @FabrizioRomano pic.twitter.com/gKJ3fAj8yo
— We've Won It All (@cfcwonitall) July 25, 2022
“Perpindahan menyertai Liverpool sepatutnya menjadi pilihan Werner berbanding Chelsea dan ia sebenarnya akan lebih membantu dia untuk capai potensi terbaiknya.”
“Malang sekali, Chelsea lebih pantas pada ketika itu, dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah bercakap dengan pemain, tapi tak ada rundingan yang dilakukan antara kedua-dua The Reds dan RB Leipzig.”
Seandainya Timo Werner menyertai Liverpool berbanding Chelsea, sudah tentu perjalanan karier beliau tidak akan sama seperti sekarang.
Beliau pada ketika ini sedang sangat terdesak mahu meninggalkan Stamford Bridge kerana mahu mendapatkan minit permainan yang mencukupi.
🚨 Here we go! @FabrizioRomano brings you the latest EXCLUSIVE transfer news, featuring…
🇵🇹 All you need to know about Cristiano Ronaldo's return to Manchester
🇩🇪 The two clubs who could sign Timo Werner on loan
🇳🇱 Cody Gakpo asking price and latest on his future
— CaughtOffside (@caughtoffside) July 26, 2022
Juventus dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya dan Werner mungkin akan meneruskan kariernya dalam saingan Serie A.