Timo Werner Dalam Senarai Untuk Dijual Selepas Tolak Tawaran RB Leipzig

Werner

Timo Werner kini menjadi perhatian banyak kelab besar di Eropah. Situasi kontrak semasa Werner juga dipantau rapat oleh beberapa kelab besar.

Akhbar Bild di Jerman melaporkan bintang Jerman, Timo Werner kini berada dalam senarai jual. Ini selepas pemain tersebut menolak tawaran lanjutan kontrak yang diusulkan oleh Leipzig kepada beliau. Leipzig sangat berharap penyerang sensasi mereka itu agar terus komited untuk kekal bersama mereka.

Sayangnya, Timo Werner dilaporkan sudah memberitahu Leipzig bahawa beliau mahu meninggalkan kelab itu selepas tamat kontrak beliau kelak. Sebelum ini Werner dengan terbuka menyatakan beliau mahu menyertai gergasi Jerman, Bayern Munich.

Namun begitu selain daripada Bayern Munich, pasukan Liverpool dikatakan berminat dengan pemain itu. Jurgen Klopp sudah menghantar beberapa pemantau bakat untuk mengikuti perkembangan Werner di RB Leipzig.

Werner mengakui lebih memilih untuk terus kekal di Jerman. Walaupun sebelum ini pernah menyatakan sudah bersedia untuk ke England.

Walaubagaimanapun, RB Leipzig sedia mempertimbangkan tawaran sekitar £36 juta untuk pemain yang akan tamat kontrak pada Jun 2020 itu. Dengan persaingan daripada beberapa potensi pasukan yang berminat, Leipzig pastinya berharap nilai itu akan ditingkatkan lagi.

Leipzig terpaksa memikirkan untuk menjual pemain itu kerana enggan melepaskan pemain itu tanpa sebarang harga – ataupun ejen bebas.

Werner adalah pemain yang mampu bermain dalam sistem permainan yang pantas. Beliau merupakan penyerang utama skuad kebangsaan Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN