Unai Emery Jelaskan Situasi Ramsey Dan Berharap Arsenal Dapat Menandatangani Beberapa Pemain

Emery

Arsenal menang bergaya ke atas Fulham 4-1 dalam perlawanan hari Tahun Baharu. Kemenangan itu meletakkan Arsenal hanya dibezakan 2 mata daripada 4 teratas.

Unai Emery gembira dengan kemenangan itu dan menganggap ianya satu kemenangan yang mereka sangat perlukan. Beliau berharap Arsenal akan perbaiki konsistensi untuk mengejar 4 teratas.

Unai Emery menjelaskan beliau gembira dengan barisan serangan Arsenal yang tajam dalam perlawanan ini. Dalam pada masa yang sama, Unai Emery sangat berharap barisan pertahanan mereka akan memberikan lebih kestabilan kepada pasukan.

Beliau juga menjelaskan pemilihan sistem penyerang tunggal ataupun duo (Lacazette-Aubameyang) adalah berdasarkan keperluan taktikal dalam setiap perlawanan yang berbeza. Beliau gembira dengan prestasi 2 pemain tersebut.

“Hari ini kami sangat gembira dengan barisan serangan yang menjaringkan banyak gol. Namun kami perlu lebih kestabilan ketika bertahan dan perlu perbaikinya.”

“Satu perkara yang akan kami lakukan adalah mempersiapkan diri untuk separuh kedua musim. Kami perlu lebih baik pada separuh masa kedua dengan cuba bekerja dengan kesemua pemain dalam pasukan secara taktikal. Itulah yang kami lakukan.”

Ditanya tentang masa depan Aaron Ramsey, Unai Emery menyatakan buat masa ini pemain itu masih pemain mereka.

“Ramsey bermain sangat baik menentang Liverpool. Hari ini beliau bermain 15 minit dan menjaringkan gol. Beliau membantu kami mengekalkan keyakinan untuk mendapatkan keputusan terbaik menentang Fulham. Dan saya mahu melihat fokus seperti ini daripada beliau – setiap kali beliau bermain.”

Adakah Ramsey akan kekal? Unai Emery menyatakan: “Buat masa ini beliau masih bekerja dengan kami, saya rasa, ya [beliau akan kekal].”

Unai Emery tahu ramai yang memberikan reaksi ke atas pertukaran Lacazette. Namun beliau menyatakan ia atas alasan taktikal.

Emery berkata: “Saya faham perasaan penyokong, namun saya perlu melakukan tugas saya. Secara taktikalnya kami merasakan itulah masa yang tepat untuk kami menukar pemain untuk lebih seimbang.”

“Paling penting, kami sangat kenal Seri, dan memerlukan seorang pemain sentiasa merapati beliau, menghalang beliau bermain dengan bola terlalu mudah.”

“Apabila Ramsey masuk ke dalam padang, beliau boleh melakukan tugasan itu dan pada masa yang sama membantu bahagian serangan – dan Ramsey menjaringkan gol.”

“Inilah alasan untuk keputusan saya. Di mana saya perlu menjalankan tugas saya. Semua penyokong boleh berpandangan berbeza dari segi taktikal, namun bagi saya hari ini, Lacazette bermain sangat baik, menjaringkan gol dan membantuk kami. Beliau ada reaksi yang sangat positif.”

Emery juga menyatakan segala keputusan dibuat berdasarkan informasi yang mereka ada, dan menyatakan tak mudah untuk beliau dan para pegawai melakukan beberapa keputusan berkaitan dengan pertukaran pemain.

Unai Emery mengesahkan Mustafi hanya cedera ringan. Ketika ditanya tentang spekulasi mengaitkan Gary Cahill ke Arsenal, Unai Emery menjawab: “Kami tidak akan bercakap tentang pemain tersebut.”

Unai Emery menyatakan tiada keperluan untuk Arsenal bercakap secara terbuka tentang pemain yang masih ada kontrak dengan Chelsea.

Ditanya tentang perancangan dalam jendela perpindahan kali ini, Unai Emery menjawab: “Ianya tak mudah untuk menukar dan memperbaiki pasukan kami dengan kebarangkalian yang ada pada jendela perpindahan. Namun kelab ini sedang berusaha.”

“Mungkin kamii boleh memperbaiki beberapa aspek – dengan perpindahan kali ini – jika kami ada peluang. Mungkin kami boleh menandatangani 1 atau 2 pemain. Namun ianya tak mudah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN