Timo Werner: Lebih Tertarik Ke Luar Negara Berbanding Sertai Bayern

Timo Werner

Peledak utama RB Leipzig, Timo Werner mengakui bahawa beliau lebih memilih untuk berkelana ke luar negara berbanding menyertai kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Status Bayern Munich selaku juara Bundesliga sebanyak 29 kali dan menikmati tujuh kejuaraan berturut-turut sejak musim 2012/13 dilihat masih belum mampu untuk membuatkan Werner tertarik bagi menyertai kelab tersebut.

Werner bagaimanapun melihat peluang beraksi di luar negara lebih menarik minatnya tetapi dalam masa yang sama menegaskan beliau amat menghormati Bayern Munich dan pengendalinya, Hansi Flick.

Selain Bayern Munich, dua kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan Chelsea juga dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 24 tahun ini.

”Bayern adalah sebuah kelab yang hebat. Kita tidak perlu untuk bercakap mengenai perkara itu dan Hansi Flick telah membuktikan pada musim ini bahawa dia adalah merupakan seorang ketua jurulatih yang baik.”

Embed from Getty Images

”Tetapi sekiranya saya perlu berhijrah, saya akan lebih tertarik untuk berpindah ke luar negara berbanding pergi ke Bayern,” ujar Werner menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Hanya cabaran di liga lain akan membuatkan sedikit menarik buat saya berbanding berpindah ke kelab Bundesliga juga,”

”Sudah pasti, yang penting adalah untuk saling menghormati. Itulah sebabnya saya memilih RB Leipzig pada masa itu, dan sebab itulah saya akan memilih kelab [sekiranya berhijrah] yang akan memberikan perasaan yang sama,” ujar Werner lagi.

Werner menampilkan permainan memberangsangkan pada musim ini apabila berjaya menjaringkan 27 gol dan mencipta 11 bantuan jaringan pada 36 penampilannya dalam semua pertandingan disertai RB Leipzig.

Beliau turut menjadi nadi kepada kejayaan Leipzig melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menundukkan Tottenham Hotspur 4-0 menerusi aggregat di pusingan 16.

Sementara itu di saingan Bundesliga pula, RB Leipzig sedang menduduki tangga ketiga selepas mengumpul 50 mata, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Bayern Munich manakala Werner di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak dengan 21 gol.

Kredit featured image: Alex Grimm/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Timo Werner:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN