Liverpool Tak Akan Beli Timo Werner Dalam Masa Terdekat

Pasukan Premier League, Liverpool kini telah memberikan pendirian mereka mengenai spekulasi berkenaan pemain RB Leipzig iaitu Timo Werner.

Menurut laman rasmi Liverpool, mereka telah menyatakan pendirian untuk tidak mendapatkan pemain tersebut dalam jendela perpindahan pada bulan Januari ini.

Walaupun begitu, mereka akan sentiasa memerhatikan perkembangan pemain tersebut yang turut diminati boleh beberapa kelab lain termasuklah Chelsea.

Dalam masa yang sama, Liverpool juga dikatakan tidak akan cuba untuk mendapatkan Werner dalam jendela perpindahan musim panas sungguh pun spekulasi beliau akan menyertai skuad Jurgen Klopp semakin meningkat.

Werner secara terbuka mengatakan yang Liverpool merupakan destinasi pilihannya jika ingin ke Premier League. Dan jika Liverpool atau mana-mana pasukan ingin mendapatkan beliau, mereka boleh perolehnya dengan harga yang murah.

Hal ini kerana dalam kontrak baharunya, Werner boleh sahaja didapati dengan nilai £51 juta dengan mengaktifkan klausa perlepasannya.

Lebih menarik, nilai klausa ini turut mula turun apabila Werner semakin menghampiri penamat kepada kontraknya yang akan berakhir pada tahun 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN