Bekas bintang Everton, Tim Cahill mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak antarabangsa semalam sekaligus menamatkan karier yang membawanya beraksi di empat edisi Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Australia.
Penyerang berusia 38 tahun itu, yang menjaringkan 50 gol dalam 107 kemunculan antarabangsa, kali terakhir beraksi buat Socceroos apabila masuk sebagai pemain gantian dalam aksi terakhir kumpulan berdepan Peru di Piala Dunia Russia.
Today’s the day that I’m officially hanging up my boots on my international career with the Socceroos.
No words can describe what it has meant to represent my country. Massive thank you to everyone for the support throughout all my years wearing the Australian badge. pic.twitter.com/gqnM1HWA7S— Tim Cahill AO (@Tim_Cahill) July 17, 2018
“Hari ini secara rasminya saya menggantung but daripada saingan antarabangsa bersama Socceroos,” tweet Cahill.
“Tidak ada kata yang dapat menggambarkan makna mewakili negara. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong karier saya sepanjang memakai lencana Australia di dada.”
Bekas penyerang Everton itu yang muncul antara pemain terhebat Australia, bagaimanapun tidak menyatakan statusnya di peringkat kelab.
Dia menyertai Millwall dalam saingan Liga Kejuaraan England dengan kontrak jangka pendek bermula Januari lalu selepas meninggalkan kelab dari Australia, Melbourne City dalam usahanya mendapatkan tempat ke Piala Dunia.
Tim Cahill @Socceroos career
Debut: 2004 v South Africa@Socceroos record holder in:
Games: 107 (outfield player)
Goals: 50
World Cups: 4
WC Goals: 5
First Australian to score at both the World Cup & Asian Cup FinalsTrophies:
2004 OFC Nations Cup
2015 Asian Cup#ThanksTim pic.twitter.com/aJwEDcTNKq— Fox Sports Lab (@FoxSportsLab) July 17, 2018
Cahill, yang dilahirkan di Sydney oleh ibunya yang mempunyai kerakyatan Samoa, memulakan karier antarabangsanya untuk pasukan bawah-20 Western Samoa dan hanya menjadi sebahagian daripada Socceroos pada 2004 selepas berjaya melobi kepada FIFA.
Dua tahun kemudian di Jerman, dia muncul pemain pertama dari Australia menjaringkan gol di Piala Dunia, dan terus menjaringkan gol di dua Piala Dunia seterusnya pada 2010 dan 2014.