Lorenzo Insigne Teruja Mahu Saksikan Ronaldo Sesuaikan Diri Dengan Serie A

Kehadiran Cristiano Ronaldo ke Juventus telah memberikan impak yang besar kepada pasukan tersebut.

Bukan Juventus sahaja, malah Serie A secara keseluruhannya sememangnya teruja dengan kehadiran Ronaldo.

Hal ini boleh disaksikan menerusi pandangan pemain Napoli iaitu Lorenzo Insigne.

Menurut laporan di Itali, Insigne secara terbuka menyatakan keterujaan beliau untuk menyaksikan bagaimana Ronaldo akan menghadapi cabaran getir di Serie A.

Menurut beliau, Serie A merupakan liga yang tidak boleh dimenangi oleh seorang pemain individu sahaja tetapi memerlukan bantuan rakan sepasukan untuk mencapainya.

“Cristiano Ronaldo? Selamat datang untuk beliau.”

“Saya tertarik untuk saksikan bagaimana beliau nak sesuaikan diri dengan situasi Serie A. Beliau tidak akan mampu memang perlawanan dengan diri beliau sendiri.”

Menurut Insigne, para pertahanan di Serie A merupakan barisan pertahanan yang cukup ampuh dan sukar untuk diatasi.

Walaupun pernah berhadapan dengan pasukan Itali ketika mewakili Real Madrid dan berjaya, namun Insigne mahu menyaksikan sama ada Ronaldo boleh atau tidak mengulangi kejayaan itu dengan lebih kerap di Serie A.

“Para pertahanan di Serie A cukup hebat. Walaupun beliau pernah membuktikannya ketika menentang Juventus satu ketika dahulu, dalam perlawanan yang lebih banyak (saingan liga) kita akan saksikan.”

Ronaldo

“Ketika beliau bermain menentang Napoli 2 tahun lalu, beliau tidak berjaya menjaringkan gol ketika menentang kami.”

Napoli akan memulakan saingan musim 2018/2019 dengan pengurus baharu iaitu Carlo Ancelotti.

Pelantikan Ancelotti menurut Insigne diibaratkan sebagai pembelian terbaik musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN