Real Madrid Buka Langkah Untuk Dapatkan Thibaut Courtois

Adakah bakal berlaku perubahan di gawang Real Madrid pada musim akan datang?

Gosip perpindahan semakin hangat diperkatakan ketika ini dengan Real Madrid berminat untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea – Thibaut Courtois.

Real Madrid yang sudah lama ingin menggantikan Keylor Navas dengan penjaga gol lain, telah menetapkan beberapa sasaran penjaga gol sebelum ini.

Terdahulu, mereka ingin mendapatkan David De Gea namun begitu setelah sekian lama usaha mendapatkan penjaga gol itu ditamatkan.

Real Madrid kini menumpukan tumpuan mereka untuk mendapatkan Courtois dan bidaan telah pun dilakukan.

Menurut laporan di Sepanyol, mereka telah pun melancarkan bidaan sebanyak £31 juta kepada Chelsea untuk penjaga gol kebangsaan Belgium itu.

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Thibaut Courtois of Belgium celebrates his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Bidaan yang dikelaskan agak rendah untuk penjaga gol seperti beliau adalah kerana Courtois sudah memasuki tahun terakhir beliau bersama Chelsea.

Jadi, ia adalah normal untuk harga pemain sedikit jatuh apabila memasuki kontrak sudah memasuki tahun terakhir.

Real Madrid dikatakan mahu menawarkan kontrak selama 4 tahun kepada Courtois jika bidaan mereka diterima Chelsea.

Namun begitu, perpindahan Courtois ke Real Madrid tidak akan terjadi seandainya Chelsea tidak membuka langkah untuk mendapatkan penjaga gol AS Roma – Alisson.

Menurut laporan di Itali, AS Roma memilih untuk menjual Alisson kepada Chelsea berbanding Liverpool.

Namun begitu, Chelsea masih beliau melakukan sebarang bidaan rasmi sementara Liverpool sudah melakukan bidaan terhadap Alisson.

Jadi, bagaimana pengakhiran kepada perpindahan ini? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN