Tim Cahill Kembali Beraksi Bersama Millwall Pada Usia 38 Tahun

Bekas pemain Everton, Tim Cahill yang berusia 38 tahun akan kembali beraksi dalam bola sepak Inggeris. Tetapi, bukan kembali ke Everton.

Sebaliknya beliau ke kelab Inggeris pertamanya iaitu Millwall. Kelab tersebut kini sedang bersaing dalam EFL Championship.

Kembali ke ‘rumah’ sendiri

Sewaktu era awalnya dalam karier bola sepak. Sumber: Sky Sports.

Beliau sering mengatakan beliau amat merindukan England. Malah, seringkali beliau menyatakan, sekiranya beliau akan kembali ke England untuk beraksi, Millwall akan dipilihnya.

Millwall memberikan beliau kontrak sehingga tamat musim ini. Kelab itu memberikan jersi bernombor 7 kepada pemain tersebut.

Tim Cahill memulakan karier profesionalnya bersama kelab London itu sejak 1998. Beliau beraksi bersama The Lions itu sehingga 2004.

Pada musim terakhirnya di kelab tersebut, beliau telah beraksi dalam final Piala FA menentang Manchester United. Red Devils telah menewaskan kelab itu dengan 3 gol tanpa balas.

Berpindah-randah

Ketika memenangi Piala FA Australia bersama Melbourne City. Sumber: Google Image.

Kemudiannya, beliau menyertai Everton dan menjadi pemain utama The Toffees. Everton juga menjadi naib juara Piala FA musim 2008-09.

8 tahun, karier yang cukup panjang bagi beliau di Everton. Kemudiannya, Tim beraksi bersama New York Red Bulls di Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau beraksi beberapa musim di China untuk Shanghai Shenhua serta Hangzhou Greentown. Melbourne City merupakan kelab terakhir disertai Tim Cahill.

Beliau sempat memenangi Piala FA Australia pada 2016. Tim Cahill kembali ke England misinya untuk 1 perkara, dapat beraksi pada Piala Dunia 2018.

Selaku pemegang rekod penjaring terbanyak Australia dalam Piala Dunia, sudah pasti reputasinya ingin dijaga. Siapa masih ingat gol cantiknya semasa Piala Dunia 2014?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN