Neymar: “Saya Sentiasa Berkerja Keras Untuk Menjadi Sebagus Cristiano Ronaldo”

Sejak berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona, Neymar tidak pernah lekang dari kontroversi.

Kontroversi paling ketara adalah perebutan tugas sepakan penalti antara Neymar dan juga Edison Cavani.

Ketika jendela perpindahan ini, beliau sering dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Tapi disebalik semua itu, sejauh manakah anda memandang Neymar sebagai pemain bola sepak? Adakah beliau pemain terbaik di dunia ketika ini?

Sewaktu ditanya oleh media Sepanyol, Neymar menjadikan bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo sebagai cerminan kepada dirinya sebagai pemain.

“Saya begitu hormat dan kagum dengan apa yang telah Ronaldo lakukan selama ini.”

“Beliau telah menjadi pemain yang terbaik untuk bertahun lamanya dan saya selalu cuba untuk menjadi sepertinya.”

“Bagi saya, Ronaldo adalah cerminan kepada diri saya sebagai seorang pemain.”

Neymar dan Cristiano Ronaldo sewaktu beraksi bersama-sama di Sepanyol.

Kata Neymar lagi, fokus beliau kini tertumpu kepada pencapaian pasukan dalam saingan domestik dan juga Eropah pada musim ini bersama PSG.

“Fokus saya ketika ini adalah untuk membantu pasukan memenangi Ligue 1, Coupe de France serta UEFA Champions League.”

“Saya tak terfikir mengenai peluang untuk memenangi anugerah individu ketika ini. Apabila kita berjaya menjuarai kejuaraan bersama pasukan, barulah anugerah individu akan tiba kepada kita.”

Berbicara mengenai prospek pasukannya dalam aksi menentang Real Madrid pada pusingan 16 pasukan terakhir UEFA Champions League, Neymar berkata Real Madrid adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan.

“Dalam perlawanan sebegini bukanlah masa yang sesuai untuk tunjukkan siapa pemain yang terbaik di dunia. Yang penting, kita mesti layak ke pusingan seterusnya.”

“Real Madrid bukanlah mengenai Ronaldo sahaja. Mereka juga punya pemain lain yang hebat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN