Perlawanan Piala FA di antara Sabah dan JDT hari ini akan berlangsung dalam stadium penuh ataupun full house.
Ini selepas makluman dari Stadium Likas bahawa tiket perlawanan telah habis dijual pada sebelah tengah hari tadi. Hebahan dibuat di laman facebook rasmi Sabah FA.
Perlawanan ini memang ditunggu-tunggu oleh peminat Sabah yang mahu menyaksikan perlawanan di antara Sabah dan JDT.
Semalam TMJ menyatakan peminat bola sepak Sabah sentiasa ada keistimewaan tersendiri. Mereka juga berharap TMJ akan dapat hadir dalam perlawanan ini.
Namun baginda tidak dapat datang ke Likas kerana ada urusan rasmi.
Sabah dalam prestasi yang baik ketika ini. Mereka masih belum kalah dalam Liga Perdana.
Sebentar tadi pengendali Sabah, Julius Ating, menaikkan semangat pemain dan penyokong Sabah dengan berkata yang pemain pemain beliau akan bermain habis-habisan. Mereka tidak akan gentar dengan JDT.
Beliau menambah lagi:
“Jika takut lawan JDT, lebih baik jangan bermain bola.”
Seorang penyokong Sabah berkata, sudah lama Stadium Likas tidak penuh. Ini adalah peluang mereka menyaksikan pasukan Sang Badak berentap dengan Juara Liga Malaysia, JDT.
Mampukah Sabah mengejutkan JDT pada malam ini? Jangan lupa saksikan aksi Sabah menentang JDT dalam pusingan ke-2, Piala FA.