Piala FA 2018: Sathianathan Akui Felda United Berdepan Laluan Sukar

Walaupun prestasi pasukan Felda United agak konsisten ketika ini dan tidak berdepan masalah untuk menduduki kedudukan teratas Liga Premier musim ini, namun bagi ketua jurulatih pasukan itu, B. Sathianthan menganggap peluang pasukannya untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala FA musim ini masih samar.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai perlawanan menentang Felcra FC di Stadium Shah Alam malam ini, peluang pasukannya untuk menang ke atas pendatang baharu Liga Premier itu masih 50-50.

Sathia turut berkata walaupun pasukannya telah mencatat kemenangan bersih daripada empat perlawanan, namun beliau mengingatkan bahawa dalam Piala FA pelbagai kejutan boleh berlaku.

“Peluang kami masih 50-50. Walaupun Felcra dianggap pendatang baru, tetapi mereka ada ramai pemain yang hebat dan berpengalaman, terutama penyerang import mereka, Casagrande.

“Dari segi pengalaman memang dilihat memihak kepada kami, tetapi kena ingat dalam Piala FA sejarah telah membuktikan pelbagai kejutan boleh berlaku.

“Jadi kami tidak mahu ambil mudah saingan mereka untuk cuba beri aksi terbaik dalam saingan musim ini,” katanya.

Sathianathan memberikan taklimat ringkas kepada pemainnya ketika sesi senaman pagi menjelang perlawanan malam ini. FOTO: Felda United FC

Tambah Sathianathan, untuk musim ini beliau enggan meletakkan sebarang sasaran dalam saingan Piala FA.

“Bagi saya lebih baik kami melepasi pusingan awal ini terlebih dahulu. Ini kerana saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada pemain,” katanya lagi.

Felda United kini menghuni kedudukan teratas Liga Premier musim ini dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan manakala Felcra FC juga tidak kurang hebatnya apabila menduduki tangga ke 4 dengan mencatat 1 kemenangan serta 3 seri tanpa kalah setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN